Sunday, December 5, 2010

Kaedah ruqyah zikir kunci dan kekuatan


Assalamualaikum,

Kongsi-kongsi pengalaman. Baru-baru ini penulis berhadapan dengan kes gangguan yang pada mulanya agak sukar, namun Alhamdulillah dengan izin-Nya telah diilhamkan kepada penulis dengan kaedah yang telah dipelajari, Cuma penulis terus kepada zikir pendinding “kunci langit dan bumi”.
Kaedah ini adalah berasaskan pergantungan kepada Allah semata-mata, manakala perawat hanyalah sebagai pembimbing. Ia kaedah biasa yang mengambil prinsip jika pesakit sudah boleh membaca zikir-zikir pendinding, perawat tidak perlu lagi risaukan pesakit, lantaran mereka sudah ada ‘kekuatan’.

Gangguan pada pesakit A memang liat dan sukar untuk discan. Penulis sudah 2-3 kali berikhtiar scan dan meruqyahnya. Sehinggalah pesakit A mengalami lelah kronik tetapi doktor masih keliru dengan apa sebenar jenis penyakit si A. satu ketika pesakit A diserang teruk dan terpaksa membeli tabung oxygen untuk bernafas. Si A sentiasa diserang banyak kali dalam sehari. penulis berikhtiar dan berdoa, pada satu hari setelah solat maghrib,penulis menyuruh pesakit A membaca zikir pendinding kunci 100 kali dihadapan penulis secara kuat.Jangka bacaan 15 minit, bacaan slow dan ringkas.

Alhamdulillah, pesakit A tidak mendapat serangan lelah pada malam itu dan juga dua tiga hari selepasnya pesakit bermimpi bertengkar dengan satu lembaga pendek botak yang mahu masuk ke rumah Pesakit A. dalam mimpi tersebut, pesakit A dapat menghalangnya kerana beliau mempunyai satu 'kunci' dan menunjukkan kepada lembaga tersebut. Alhamdulillah sehingga kini pesakit tidak perlu lagi menggunakan mesin oxygen tersebut.


Kaedah ini juga penulis gunakan untuk pesakit-pesakit lain dan dipendekkan cerita (tak larat nak tulis) Alhamdulillah mujarab. kaedah ini juga adalah kaedah scan, sekiranya pesakit mempunyai gangguan yang kuat ataupun setelah dirawat, untuk mempastikan jin tersebut benar-benar sudah pergi ataupun jika ada jin lain dalam badan pesakit.

Satu lagi perkara, penulis risau dengan cerita-cerita ala-ala tok bomoh dengan super power dalam blog rawatan islam ni.

Macam blog tenaga dalam indonesia,atau blog reiki. Mula cerita tu ada super power nak scan gangguan, boleh tengok cahaya dan apa kebenda lagi servis pembersihan, dengan caj yang super tinggi jugalah.

lepas tu perawat cakap kuasa super power tu semua kerana izin Allah. Perawat yang ada kuasa, pesakit tak perlu sangat berdoa dan berzikir sendiri pada Allah SWT.

Cukup power, scan dan rawat jarak jauh, hasil menakjubkan, dengan testimonial pesakit yang ramai. macam iklan bomoh.cukup mudah, pesakit sembuh dan boleh kembali ke pekerjaan rutin dan boleh juga terus buat maksiat jika mereka biasa buat. apa susah, ustaz ala bomoh kan ada. Pakai rawatan islam lagi.

Masalahnya, mana pergi kebergantungan pesakit itu sendiri pada Allah SWT. semudah 2-3 minit sahaja rawatan, sembuh. Tiada konsep pesakit berdoa,bermunajat, berzikir, solat tahajud kepada Allah.



Moga bermanafaat.


wassalam.