Wednesday, September 22, 2010

Bolehkah berkongsi merawat dgn tok bomoh yg mengubat cara kungfu?

Assalamualaikum,


Ini isu biasa, semua mualij pun tahu, yang benar tidak boleh bercampur dengan yang bathil. Macam madu campur arak, halal ke? meskipun tujuannya baik.

pengalaman ana sendiri, semasa merawat pesakit di tengah khalayak ramai (silap ana juga, cuma dah emergency dipanggil), ada insan pula yang memandai nak kongsi merawat sama. ana ingat tak pa, asal niatnya bagus. cuma, ana memang kenal orangnya..masyaallah, kalau orang tengah solat insya' jamaah kat surau, dia mesti ada kat luar kat tengah jalan, termenung atau ada kat kedai kopi. tu belum kira waktu solat yang lain, dia adalah kat mana-mana. si dia tukang urut juga, dan adalah amalannya dimata penulis yang memang memanggil benda lain. Itu ana tahu selepas siasat teliti insan tadi, setelah 'bantuan' misteri yang diofferkan.

hasilnya memang mengecewakan. Ikatan wakaf 9 ayatul kursi yang pada mulanya berkesan dengan izin-Nya tiba-tiba melonggar dan pesakit mahu melompat ke luar tingkap pula.

Bila nan bawa kes ini kepada salah seorang guru ana, dia melarang sama sekali.

oklah, bila sahaja lihat satu siri rencana di tv* malam ni, ana gusar sedikit rasanya. namun mungkin ada sebab yang ana tak tahu atau kurang arif lagi. Muga ada penjelasan, agar tenang sedikit di hati.

kenapa pula kumpulan tu merawat atau scan gangguan mesti bersilat? mistikkah unsur silat ni? ana pun ada juga belajar beberapa jenis silat seperti silat gayong pusaka, gayong malaysia, silat cekak, silat kalimah, silat cekak hanafi(sebagai bukti shj, bukan menunjuk2, tahap biasa). Rasanya takde pula 'bunganya' ada unsur mistik sampai boleh halau 'jin' ataupun guru utamanya 'claim' boleh halau 'jin' dengan bersilat. bagaimana pula kalau perawat berkungfu atau berkarate atau kalari payat? Mungkin MMA? Mixed martial art macam di Amerika? Memang ada hadith sahabat bergusti dengan jin, tapi berbunga2 silat tu yg pelik.

Kenapa perlu digabungkan yang sangat kontra? takkan bercampur minyak dan air. begitulah haq dan bathil.

nampak seolah2 pemilik rumah hanya mengharapkan perawat ataupun bomoh, meskipun pasrah dan redha pada Allah namun cara dia bertawakkal hanya mengharapkan doa orang lain. asyik berbomoh-bomoh sangat berbahaya, silap gaya makin banyak jin yang masuk. Jika yang pertama tak serasi, kenapa tak cari perawat2 lain yang jelas status rawatan islamnya seperti darul syifa, darussalam,TIAF, adakah pemilik rumah itu menghiasi rumahnya dengan bacaan al quran? Ana mungkin tersilap atau mungkin betul.

Wallahualam.

wassalam.

Wednesday, September 15, 2010

inikah balasan atau pengajaran?

Assaamualaikum rbkt,

Selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir batin, dari insan biasa yang terlalu mudah melakukan dosa.

Ini kisah lama tetapi plot lain. Pesakit dari cerita lama."akhirnya Bomoh menang 4-0 mengalahkan ustaz" Beberapa hari yg lepas, saya baru ketahui beberapa perkara secara tidak sengaja tentang seorang pesakit gangguan halus dikampung saya. Meskipun dirawat dengan kaedah rawatan islam,oleh seorang ustaz (bukan saya),namun pesakit anak si M kurang berhasil sembuh. Malah, rumah barunya juga masih tidak dapat diduduki. setelah berubat dengan bomoh pula, menjadi kurang sedikit, tapi makin teruk penyakitnya sampai bergantung sepenuhnya dengan bomoh tersebut. Dengar ceritanya teruk pula dimanipulasi oleh sibomoh tadi.

Perihalnya, Si M tadi memang agak mengenakan upah yang melampau mahal kepada penduduk kg untuk setiap kerjanya sebagai tukang rumah. Beliau juga tidak membayar gaji upah untuk pekerjanya orang indonesia. Cerita lain dulu-dulu sebelum itu, disaksikan sendiri oleh penduduk kg dan saudara mara terdekatnya juga, isteri M semasa ayahnya sakit, lantaran sentiasa termuntah selepas makan,lansung tidak membenarkan ayahnya masuk kerumah (tapak lama umtuk rumah baru dibuat) semasa makan, hanya boleh makan ditangga sahaja. isterinya juga enggan membasuh baju ayahnya. Perbuatan ini dilakukan sehinggalah ayahnya meninggal. Mungkin itulah sebabnya si M dan keluarganya tidak boleh masuk ke rumah barunya. Masuk sakit, masuk saja sakit.

Kisah tadi entah ya entah tidak, penulis mendengar cerita ini dari saudara terdekatnya sendiri yang alim orangnya. Juga dari orang-orang lama kg tersebut. Wallahu a'lam.

namun yang penting, berbuat baik kepada ibu bapa. Derhaka, balasannya didunia lagi.