Wednesday, March 16, 2011

Rawatan picit atau pressure point untuk orang pengsan.


Assalamualaikum WRBKT,

Penulis bertemu lagi dengan kes pengsan akibat bersukan. Kali ini titik urat (point) yang penulis ambil ialah di mulut. penulis menekan dengan kuat menggunakan kuku dalam sambil membaca kalimah-kalimah suci dari alqurannul karim. Alhamdulllah, pesakit sedar, meskipun agak lemah. Maklumlah pesakit tak bersarapan pagi tapi bersukan kuat-kuat.

Ok, titik point yang ingin penulis kongsikan untuk pengsan salah satunya ialah di mulut, titik lain di kaki (penulis pernah berkongsi rawatan pengsan dengan memicit titik di kaki dengan pembaca dahulu di dalam blog lama penulis 'Urut Tradisi dan Rawatan Islam'.

Tekanan haruslah kuat mengarah ke atas (hidung) 45 darjah. lepaskan tekanan serta-merta sebaik pesakit sedar dari pengsan. Kalau tak mahu lepaskan, mungkin terkena pelempang dari pesakit.

Wassalam.