Tuesday, November 19, 2013

rawatan kecemasan untuk darah tinggi mendadak daripada menjadi stroke

Assalamualaikum WRBKT. bismillah, Mungkin saya dah post kaedah ni. tapi kita kira ulangkaji balik la. tekanan darah tinggi sgt merbahaya kerana bukan sahaja boleh merosakkkan organ di badan tetapi juga menyebabkan stroke. Di sini saya ingin berkongsi satu tips mudah untuk mencegah stroke akibat darah tinggi. teknik kecemasan untuk orang yang tiba-tiba sakit darah naik tinggi mendadak, sehingga berpinar-pinar mata yang mana berkecenderungan untuk menjadi stroke, pecah saluran darah di otak ialah:1. baca doa perlindungan dahulu.2. cari mana-mana benda tajam seperti jarum, pen lancet (pen alat bekam), paku yg sterilized.3. cucuk kat hujung anggota badan iaitu hujung jari tangan dan kaki. 4. cucuk juga kat kepala (yg ni kena belajar dulu) tujuan cucukan ini adalah untuk mengeluarkan tekanan angin yang tinggi tadi. perawat boleh lihat sendiri bagaimana laju dan kuatnya tekanan darah tadi sehingga boleh memancut darah. bagi pembekam, mereka biasa melihat tekanan ini dalam semasa membekam. in sya Allah pesakit akan terhindar dari tekanan darah tinggi yang melampau dan sekaligus stroke.

Sunday, February 24, 2013

tercekik VS terasuk , urat dan kaedah rawatan

salam, kali ni saya nak kongsikan mata urat untuk rawatan tercekik, juga terasuk. urat yang saya nak bincangkan ni rasanya semua dah tahu kot. walaubagaimanapun jangan marah, jika dah tahu, tak perlu baca lagi, hanya untuk yang tak tahu lagi je. temat point untuk tercekik adalah sama dengan tempat point untuk menyedarkan orang yang kerasukan. mana ye? betul, di belakang badan, ditengah antara dua belikat, tepat menuju ke jantung. bagi tercekik makanan, bongkokkan pesakit dan tepuk point tadi dengan agak kuat, ulang 5 kali. tindakan seterusnya boleh juga di buat dengan kaedah heimlich.(google kat internet kaedah heimlich untuk tercekik) memandangkan pointnya menuju ke jantung, ia juga digunakan untuk menyedarkan orang yang kerasukan. caranya, sama sahaja, cuma niat mesti ada dan berwasilahkan kalimah Allah yang Maha Mulia. wassalam.

Friday, February 15, 2013

kesakitan di dada, lelah yang tak kesudahan

Assalamualaikum WRBKT, sudah lama tak muncul. Agak kaku unuk menukilkan catatan kerna sudah lama bersara. tapi baru-baru ini sahabat saya Encik S terkena lelah yang tak kesudahan. Di hati saya, saya berniat jika ilmu yang saya pelajari ini diizinkan Allah SWT dipraktiskan menjadi, sembuh atau berkurangan saya akan teruskan lagi dan sebaliknya jika tidak menjadi atau mengarut semata, saya akan berhenti. Alahamdulillah, diizinkan-Nya. Berlainan dengan titik yang lazim digunakan dalam akupuntur, titik yaang dijumpai ialah bersebelahan dengan puting, di zon luar juga di bahagian pinggul, juga di zon luar. apa kaitannya titik di dada dengan titik di pinggul? kedua-duanya berada di zon atau laluan yang sama. Patutlah Encik S kelihatan lemah gaya berjalannya. dua titik di laluan yang sama. Juga terdapat 4 titik lain di dada dan kepala yang juga sama laluannya. Kesimpulan yang saya dapati ialah, perawat harus mencari dan berusaha, bukan bersandarkan teori semata-mata. juga lain orang, lain titik kesembuhannya, meskipun simptom sakit yang sama. Wassalam. S