Saturday, December 12, 2015

Rawatan salah bantal. macam -macam dah ikhtiar, alhamdulillah menjadi.

Assalamulaikum WRBKT, Hari ini penulis ingin berkongsi teknik rawatan (yang menjadi sahaja) untuk masalah seliuh leher atau lebih popular dengan panggilan salah bantal. Alhamdulillah akhirnya diizinkan Allah swt yang memberikan peluang kepada penulis merawat masalah salah bantal dengan teknik urutan sahaja. Namun penulis mencuba dahulu dengan teknik cvmt, seterusnya kiropraktik terlebih dahulu, kemudian barulah penulis meneruskan dengan teknik urutan. pada hemat penulis kebanyakan masalah ini disebabkan urat pada pinggang bermasalah, barulah otot pada trapezius. Jadi penulis membuat urutan secara intensif di bahagian titik pinggang lebih banyak berbanding trapezius. Namun ada juga kes tak berapa menjadi dengan urutan. Setelah di siasat, rupanya gangguan jin. Begitulah dengan izin Allah, setelah rawatan khusus untuk gangguan jin, pesakit sembuh serta merta. wassalam.