Assalamualaikum WRBKT, Bukan nak tunjuk hebat, sekadar perkongsian ilmu setakat yang tahu. Macam pokok kelapa, rasa dah tinggi, sebenarnya ada lagi yang lebih tinggi. Perawat bukan penyembuh. Berusaha merawat sekadar tahu. Mencari rezeki yang halal, bukan meminta sedekah. Berubat adalah satu daripada tawakkal kepada-Nya. Mengubat juga dengan bertawakkal kepada-Nya. saya memakai nama pena sahaja sebagai 'Abduka. No tel: 01132204847
Saturday, December 12, 2015
Rawatan salah bantal. macam -macam dah ikhtiar, alhamdulillah menjadi.
Assalamulaikum WRBKT,
Hari ini penulis ingin berkongsi teknik rawatan (yang menjadi sahaja) untuk masalah seliuh leher atau lebih popular dengan panggilan salah bantal.
Alhamdulillah akhirnya diizinkan Allah swt yang memberikan peluang kepada penulis merawat masalah salah bantal dengan teknik urutan sahaja. Namun
penulis mencuba dahulu dengan teknik cvmt, seterusnya kiropraktik terlebih dahulu, kemudian barulah penulis meneruskan dengan teknik urutan.
pada hemat penulis kebanyakan masalah ini disebabkan urat pada pinggang bermasalah, barulah otot pada trapezius.
Jadi penulis membuat urutan secara intensif di bahagian titik pinggang lebih banyak berbanding trapezius.
Namun ada juga kes tak berapa menjadi dengan urutan. Setelah di siasat, rupanya gangguan jin. Begitulah dengan izin Allah, setelah rawatan khusus
untuk gangguan jin, pesakit sembuh serta merta.
wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)