Friday, May 12, 2017

akupuntur atau urutan melayu, mana lebih berkesan?

Assalamualaikum wrbkt, apa itu teori urutan pada saya? kadang-kadang semasa saya mengurut pesakit, contohnya pesakit bermasalah cramp, atau seliuh urat, kebanyakannya akan ada yang meminta saya mengurut point tertentu sahaja, terutama point yang sakit apabila disentuh. "aa, sakit tu.." ataupun "situlah bahagian yang sakitnya" "kenapa urut dibahagian lain, saya tak sakitpun disitu" begitulah dialog yang biasa saya dengar. Ah shi point, kaedah akupuntur memang mahukan ah shi point atau titik sensitif apabila disentuh sebagai titik urutan penyembuhan. berbeza dengan urutan, terutamanya urutan melayu tulen yang mengamalkan flow of energy. Itupun berpecah dengan pelbagai teori dan pendapat. Baru-baru ni saya berpeluang membantu merawat beberapa pemain hoki sebuah sekolah yang bermasalah cramp dan terseliuh. Of course, saya akan pastikan dulu mereka bukan bermasalah patah tulang ataupun retak atau serius sangat. one thing for sure, ada antara mereka yang bermasalah buah pinggang tapi tak kronik atau serius cuma lemah genetik sedikit (talent untuk jadi atlit hoki mungkinlah sukar) Perkara yang sama berlaku, pada permulaannya ada yang mempertikaikan kaedah flow of energy ataupun 'the strong are helping the weak' saya. Namun pabila pemulihan berlaku dengan miracle, cepat lega tak sampai 5 minit sudah boleh menggerakkan anggota yang terseliuh atau cramp, mereka mula mempercayai saya. Namun semasa mengurut mereka juga sebenarnya saya belajar atau mendapat teori atau ilham yang baru dengan izin-Nya. Mulanya saya mencuba teknik "Malaysia boleh" namun ada yang berhasil dan ada yang kurang menjadi. Saya entah macamana tergerak hati nak gabungkan kaedah malaysia boleh dengan keadah flow of energy positive and negative(bukan energy tenaga dalam ye) dan juga kaedah akupuntur. Alhamdulillah berkesan. Kot ada masa nanti, saya akan ceritakan apa itu kaedah Malaysia boleh dan flow of energy ye. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment