tag:blogger.com,1999:blog-14464686713321699882024-03-13T10:55:57.428+08:00AKRINEPUTRI BERA KEDAI URUTBEKAM (URUT TRADISI & RAWATAN ISLAM)Assalamualaikum WRBKT,
Bukan nak tunjuk hebat, sekadar perkongsian ilmu setakat yang tahu. Macam pokok kelapa, rasa dah tinggi, sebenarnya ada lagi yang lebih tinggi. Perawat bukan penyembuh. Berusaha merawat sekadar tahu. Mencari rezeki yang halal, bukan meminta sedekah. Berubat adalah satu daripada tawakkal kepada-Nya. Mengubat juga dengan bertawakkal kepada-Nya.
saya memakai nama pena sahaja sebagai 'Abduka. No tel: 01132204847
En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.comBlogger39125tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-5901662772968393342017-05-12T23:03:00.003+08:002017-05-12T23:38:20.190+08:00akupuntur atau urutan melayu, mana lebih berkesan?Assalamualaikum wrbkt,
apa itu teori urutan pada saya? kadang-kadang semasa saya mengurut pesakit, contohnya pesakit bermasalah cramp, atau seliuh urat, kebanyakannya akan ada yang meminta saya mengurut point tertentu sahaja, terutama point yang sakit apabila disentuh. "aa, sakit tu.." ataupun "situlah bahagian yang sakitnya" "kenapa urut dibahagian lain, saya tak sakitpun disitu" begitulah dialog yang biasa saya dengar.
Ah shi point, kaedah akupuntur memang mahukan ah shi point atau titik sensitif apabila disentuh sebagai titik urutan penyembuhan. berbeza dengan urutan, terutamanya urutan melayu tulen yang mengamalkan flow of energy. Itupun berpecah dengan pelbagai teori dan pendapat.
Baru-baru ni saya berpeluang membantu merawat beberapa pemain hoki sebuah sekolah yang bermasalah cramp dan terseliuh. Of course, saya akan pastikan dulu mereka bukan bermasalah patah tulang ataupun retak atau serius sangat. one thing for sure, ada antara mereka yang bermasalah buah pinggang tapi tak kronik atau serius cuma lemah genetik sedikit (talent untuk jadi atlit hoki mungkinlah sukar)
Perkara yang sama berlaku, pada permulaannya ada yang mempertikaikan kaedah flow of energy ataupun 'the strong are helping the weak' saya. Namun pabila pemulihan berlaku dengan miracle, cepat lega tak sampai 5 minit sudah boleh menggerakkan anggota yang terseliuh atau cramp, mereka mula mempercayai saya. Namun semasa mengurut mereka juga sebenarnya saya belajar atau mendapat teori atau ilham yang baru dengan izin-Nya.
Mulanya saya mencuba teknik "Malaysia boleh" namun ada yang berhasil dan ada yang kurang menjadi. Saya entah macamana tergerak hati nak gabungkan kaedah malaysia boleh dengan keadah flow of energy positive and negative(bukan energy tenaga dalam ye) dan juga kaedah akupuntur. Alhamdulillah berkesan. Kot ada masa nanti, saya akan ceritakan apa itu kaedah Malaysia boleh dan flow of energy ye.
Wallahua'lam.
En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-50613555359174452342015-12-12T18:43:00.005+08:002015-12-12T18:43:56.891+08:00Rawatan salah bantal. macam -macam dah ikhtiar, alhamdulillah menjadi.Assalamulaikum WRBKT,
Hari ini penulis ingin berkongsi teknik rawatan (yang menjadi sahaja) untuk masalah seliuh leher atau lebih popular dengan panggilan salah bantal.
Alhamdulillah akhirnya diizinkan Allah swt yang memberikan peluang kepada penulis merawat masalah salah bantal dengan teknik urutan sahaja. Namun
penulis mencuba dahulu dengan teknik cvmt, seterusnya kiropraktik terlebih dahulu, kemudian barulah penulis meneruskan dengan teknik urutan.
pada hemat penulis kebanyakan masalah ini disebabkan urat pada pinggang bermasalah, barulah otot pada trapezius.
Jadi penulis membuat urutan secara intensif di bahagian titik pinggang lebih banyak berbanding trapezius.
Namun ada juga kes tak berapa menjadi dengan urutan. Setelah di siasat, rupanya gangguan jin. Begitulah dengan izin Allah, setelah rawatan khusus
untuk gangguan jin, pesakit sembuh serta merta.
wassalam.
En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-16100133845307125322014-03-23T15:37:00.001+08:002014-03-23T15:40:48.408+08:00KENCING TAK LAWAS.Assalamualaikum WRBKT,
Apa khabar? semoga Allah swt mengurniakan kesihatan kepada anda semua. Penulis ingin berkongsi kaedah urutan tradisi untuk merawat kencing tak lawas.
kebiasaan titik rawatan untuk kencing tak lawas ialah pada sekitar pinggul kiri atau kanan pesakit.
Manakala rawatan herba ialah penggunaan daun misai kucing atau pecah beling atau misai adam atau yang mana sesuai ikut petua masing-masing sebagai teh.
Selamat mencuba, juga jika ada yang tak setuju, boleh email penulis.
Tk.
Wassalam. En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-66638427869801802852013-11-19T23:58:00.000+08:002013-11-19T23:58:09.628+08:00rawatan kecemasan untuk darah tinggi mendadak daripada menjadi strokeAssalamualaikum WRBKT.
bismillah,
Mungkin saya dah post kaedah ni. tapi kita kira ulangkaji balik la.
tekanan darah tinggi sgt merbahaya kerana bukan sahaja boleh merosakkkan organ di badan tetapi juga menyebabkan stroke.
Di sini saya ingin berkongsi satu tips mudah untuk mencegah stroke akibat darah tinggi.
teknik kecemasan untuk orang yang tiba-tiba sakit darah naik tinggi mendadak, sehingga berpinar-pinar mata yang mana berkecenderungan untuk menjadi stroke, pecah saluran darah di otak ialah:1. baca doa perlindungan dahulu.2. cari mana-mana benda tajam seperti jarum, pen lancet (pen alat bekam), paku yg sterilized.3. cucuk kat hujung anggota badan iaitu hujung jari tangan dan kaki.
4. cucuk juga kat kepala (yg ni kena belajar dulu)
tujuan cucukan ini adalah untuk mengeluarkan tekanan angin yang tinggi tadi. perawat boleh lihat sendiri bagaimana laju dan kuatnya tekanan darah tadi sehingga boleh memancut darah. bagi pembekam, mereka biasa melihat tekanan ini dalam semasa membekam.
in sya Allah pesakit akan terhindar dari tekanan darah tinggi yang melampau dan sekaligus stroke. En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-76330310479566962842013-02-24T02:12:00.003+08:002013-02-24T02:12:59.691+08:00tercekik VS terasuk , urat dan kaedah rawatansalam,
kali ni saya nak kongsikan mata urat untuk rawatan tercekik, juga terasuk.
urat yang saya nak bincangkan ni rasanya semua dah tahu kot. walaubagaimanapun jangan marah, jika dah tahu, tak perlu baca lagi, hanya untuk yang tak tahu lagi je.
temat point untuk tercekik adalah sama dengan tempat point untuk menyedarkan orang yang kerasukan. mana ye?
betul, di belakang badan, ditengah antara dua belikat, tepat menuju ke jantung.
bagi tercekik makanan, bongkokkan pesakit dan tepuk point tadi dengan agak kuat, ulang 5 kali. tindakan seterusnya boleh juga di buat dengan kaedah heimlich.(google kat internet kaedah heimlich untuk tercekik)
memandangkan pointnya menuju ke jantung, ia juga digunakan untuk menyedarkan orang yang kerasukan. caranya, sama sahaja, cuma niat mesti ada dan berwasilahkan kalimah Allah yang Maha Mulia.
wassalam.
En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-7498972750557127512013-02-15T00:18:00.001+08:002013-02-15T01:43:05.318+08:00kesakitan di dada, lelah yang tak kesudahanAssalamualaikum WRBKT,
sudah lama tak muncul. Agak kaku unuk menukilkan catatan kerna sudah lama bersara. tapi
baru-baru ini sahabat saya Encik S terkena lelah yang tak kesudahan. Di hati saya, saya berniat jika ilmu yang saya pelajari ini diizinkan Allah SWT dipraktiskan menjadi, sembuh atau berkurangan saya akan teruskan lagi dan sebaliknya jika tidak menjadi atau mengarut semata, saya akan berhenti. Alahamdulillah, diizinkan-Nya.
Berlainan dengan titik yang lazim digunakan dalam akupuntur, titik yaang dijumpai ialah bersebelahan dengan puting, di zon luar juga di bahagian pinggul, juga di zon luar.
apa kaitannya titik di dada dengan titik di pinggul? kedua-duanya berada di zon atau laluan yang sama. Patutlah Encik S kelihatan lemah gaya berjalannya.
dua titik di laluan yang sama. Juga terdapat 4 titik lain di dada dan kepala yang juga sama laluannya.
Kesimpulan yang saya dapati ialah, perawat harus mencari dan berusaha, bukan bersandarkan teori semata-mata. juga lain orang, lain titik kesembuhannya, meskipun simptom sakit yang sama.
Wassalam.
S
En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-87129117565844162402011-12-07T01:27:00.003+08:002011-12-07T01:38:40.799+08:00petua untuk arthritisAssalamu'alaikum WRBKT,
direct to the point, saya mendapat satu petua baru untuk rawatan arthritis, penggunaan kulit lembu! kulit direbus dan diminum atau boleh diproses dengan makanan lain.
Baru-baru ini saya ketemu dengan seorang lelaki yang berumur sedikit usianya di Kg Aman, Puchong. Beliau menghidap artritis sebelum ini. Alhamdulillah, setelah diizinkan Allah SWT penyakitnya berkurangan dan boleh berjalan seperti biasa. dari beliaulah saya mendapat petua ini.
kaedah rawatan ini ini mungkin ada kaitannya dengan ayat ini
2. Al Baqarah :73. Lalu Kami berfirman: "Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota sapi betina itu !" Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dam memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu mengerti[64].
dari segi kajian sains, kulit binatang seperti biri-biri dan lembu mengandungi kolagen yang bagus untuk menguatkan tulang.
wallahua'lamEn 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-8769187882772279332011-09-14T08:40:00.003+08:002011-09-14T08:54:58.793+08:00Kaedah mengurut paling percuma.Assalamualaikum WRBKT,
hari ni nak berkongsi ilmu, terkurang betulkan, terlebih ambik. satu teknik yang boleh digunakan untuk cari spot yang bermasalah ialah dengan memicit sambil mencari ikut litar atau garisan meridian. agak memeranjatkan saya kerana berbeza dengan akupuntur, terdapat prinsip meridian yang lain dalam teknik urutan. keadah ini saya belajar dengan doktor shamsul dalam teknik smt. prinsip smt ini lebih lurus, berbanding prinsip meridian akupuntur yang berbengkang bengok. cuma adalah improvisasi dari saya bila digabungkan kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. in other words, you have to learn both, to know the differents.
ok, sediakan pen untuk salin,panjang ni hehehe. kaedah yang paling mudah untuk mengurut,picit atau cubit dengan kadar medium pressure,jika pesakit mengatakan sakit atau berbunyi aduh yang bukan disebabkan kuku jari kita tajam, maka disitulah spotnya untuk ketidakseimbangan chi tersebut. uli-uli banyak kali kemudian jika pesakit dah lega kat situ, cari spot lain pula. disinilah perlunya belajar teori pula untuk mnjimatkan masa.
wasssalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-77739184011003194072011-07-16T09:36:00.004+08:002011-07-16T09:54:58.507+08:00Teknik urutan, fasa 1.Assalamualaikum WRBKT,
Fasa 1. Jari jemari.Jari jemari ada rahsianya. Hmm..semua org tahu. Oklah straight to the point, kaedah yang digunakan ialah kaedah memicit. sebelum mengurut, picit dahulu (jgn kuat sgt) hujung jari jemari pesakit, sekiranya pesakit terasa sakit pada salah satu jarinya, bermakna adalah masalah organ yang berkaitan dgn saluran litar badannya. Contohnya Jari kelinking adalah penanda masalah jantung atau gangguan dijantung. tekanan darah dan sebagainya. sekiranya ada rasa sensitif di jari ini kita kenalah tumpukan mencari dan mngurut saluran yang berkenaan. isyaallah jumpalah titik ketidakseimbangan tersebut. (tempat jin bertandang? entahlah...) Oh ya, kaedah ini lain matlamatnya dgn refleksologi. bukan nak urut sgt kat tapak tgn, tapi nak cari urat di badan dgn kadar ekonomi masa. kalau nak cari secara konvensional@biasa, boleh apa. tak perlu teknologi, urut je semua urat kat badan, hentam. jumpa juga, cuma penat woo. bayar rm20, buat 2 jam. penulis tak daya sgt le ni. malas lagi ada. duk kg, tukang urut yg hebat lagi ramai. paling tidak RM5 je org bagi. (tak caya?)sbb tu sy duk jual emas perak,sakit-sakit badan pun, pakai tenaga jari dan mulut je.
kenapa jari dahulu? bukan badan terus? short cut, selamat, kurang physical contactnya untuk permulaan. Mana tahu org tu jenis sombong, kaya, tak mesra ngan kita lagi.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-16386291909178435152011-07-11T15:09:00.003+08:002011-07-11T15:35:45.902+08:00Rawatan tulang belakang.Please, rawatan islam ruqyah no 1 first, baru urut ke apa ke.Assalamualaikum WRBKT,
pengumuman, sehingga akhir julai 2011 ini, saya perlu berehat kesan dari demam suspected denggi dahulu. Bagi yang mahir, mereka boleh agak apa sakit sebenarnya.
hari perkongsian ilmu untuk scan masalah tulang belakang. Tanda masalah tulang belakang boleh dilihat pada tapak kaki bahagian dalam. Antara garis pemisah daging merah dan putih disitu jika keadaan kaki kita bengkang bengkok, tidak lurus seperti biasa, bermakna memang tulang belakang kita lari. Ini pemerhatian secara kasar (kalau dah malas atau takde masa sangat nak gi x-ray.)
rawatan saya suka ialah CVMT, cranial vertebrae mobilisation therapy, sebab macam ekspress je, kesannya. Sape yang dah pandai atau sampai tahap pakar, tak yah belajar dgn saya. Ngabiskan boreh ado.saya bukan pandai sgt pun. Tapi nak kongsi atau nak tambah, tq tuk guru. rawatan lain physioterapy, kiropraktik tahu le sikit2. tah lupa tah.
cvmt ni mesti pastikan pesakit dapat satu tahap bertenang dan rileks, baru dia insyaallah menjadi. pesakit mungkin boring, sbb tak terasa pun bergerak tulang yg sakit tu, perawat yg penat giler. perawat akan gerak2kan tangan dan kaki pesakit utk baiki tulang belakang. pelik sedikit, sbb takde pun usik kuat tulang belakang. tup2 dah boleh gerak. tapi ada masanya pesakit mungkin marah kat perawat sbb pesakit kena bersenam sedikit. tu saya pernah rasa.
Nasihat saya, no 1. dapatkan rawatan islam secara ruqyah dahulu, baru teknik baiki tulang belakang ni.
oklah.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-70976984999259899272011-06-30T17:49:00.004+08:002011-06-30T17:59:08.529+08:00mata urat untuk kuatkan rahim orang mengandungAssalamualaikum WRBKT,
Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana menyembuhkan saya dari sakit suspected denggi baru-baru ini. (kesannya masih terasa sampai sekarang)
Hari ini seperti yang dijanjikan perkongsian saluran urat untk kuatkan rahim orang yang mengandung.
Mula kan dari jari kaki kelima (jari kelinking) bahagian luar. urut ke atas sampai ke peha (juga di bahagian luar).
Urutan ini setahu saya hanya bila orang itu sudah agak lama mengandung, supaya tidak mudah gugur dan mudah bersalin.
sekian.
wassalamEn 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-14661164167376629472011-06-13T00:56:00.003+08:002011-06-13T01:05:54.254+08:00mata urat untuk diagnosis sistem pembiakanAssalamualaikum WRBKT,
bertemu lagi. titik mata urat untuk perkongsian ilmu hari ini ialah untuk menguji tenaga batin bhagian organ pembiakan. salah satu mata uratnya ialah di bahagian lutut, hujung bahagian dalam.
tekan sekadar perlu dikedua bahagian, kiri dan kanan.
biasanya satu bahagian akan terasa perit atau sengal.
bagi yang tiada rasa apa-apa, alhamdulillah problemnya mungkin hanya pada psikologi atau ....... semata-mata.
next posting, insyaallah, mata urat untuk masalah mudah keguguran (ikhtiar sahaja)
sekian.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-56993381908324389182011-04-15T23:59:00.003+08:002011-04-16T00:10:24.269+08:00mata urat untuk rawatan sakit lutut. kohot tak daya nak bangun.Assalamualaikum,
Post kali ini saya nak kongsi satu lagi titik saraf urat untuk rawatan sakit lutut (juga dah pernah post dalam blog urut tradisi dan rawatan islam)
kisahnya terjadi kepada diri saya sendiri. Mungkin kerana asbab banyak sangat toksid dalam badan semasa solat terawih, lutut krem.
Dengan izin Allah swt, setelah saya tekan dalam-dalam pointnya, terus lega dan bolehlah meneruskan solat sunat tersebut.
Mata uratnya, sebenarnya sangat mudah, terletak dibelakang lutut, ditengah-tengah pelipat belakang. nmaun kadang-kadang mata urat tersebut lari sikit-sikit bergantung kepada saluran mata urat yang sakit.
selamat mencuba.
Assalamualaikum WRBKT,
Penulis bertemu lagi dengan kes pengsan akibat bersukan. Kali ini titik urat (point) yang penulis ambil ialah di mulut. penulis menekan dengan kuat menggunakan kuku dalam sambil membaca kalimah-kalimah suci dari alqurannul karim. Alhamdulllah, pesakit sedar, meskipun agak lemah. Maklumlah pesakit tak bersarapan pagi tapi bersukan kuat-kuat.
Ok, titik point yang ingin penulis kongsikan untuk pengsan salah satunya ialah di mulut, titik lain di kaki (penulis pernah berkongsi rawatan pengsan dengan memicit titik di kaki dengan pembaca dahulu di dalam blog lama penulis 'Urut Tradisi dan Rawatan Islam'.
Tekanan haruslah kuat mengarah ke atas (hidung) 45 darjah. lepaskan tekanan serta-merta sebaik pesakit sedar dari pengsan. Kalau tak mahu lepaskan, mungkin terkena pelempang dari pesakit.
Wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-86440321032177857992011-02-26T23:21:00.003+08:002011-02-26T23:35:10.646+08:00istiqamahlah.peringatan untuk yang terlalaiAssalamualaikum WRBKT,
Bagaimana halnya jika anda tiada kesempatan, peluang, untuk melakukan rawatan alernatif lantaran sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ( kekurangan duit, tiada sesiapa yang sudi menghantar anda dsb)?
Nasihat saya, lakukan ikhtiar anda setakat termampu, bak kata pepatah sampai titisan darah terakhir. Cuma masalahnya adakah kita akan istiqamah melakukannya.
sebagai contoh, si A telah melakukan ikhtiar membuat bacaan ayatul kursi 7x setiap kali selepas solat. Namun sehingga hari ke 7, si A mula berasa penat, atau terasa ada banyak kerja yang perlu diberesi secepat mungkin. Adakah si A akan berjaya? sudah tentu agak sukar.
Assalamualaikum,
Kongsi-kongsi pengalaman. Baru-baru ini penulis berhadapan dengan kes gangguan yang pada mulanya agak sukar, namun Alhamdulillah dengan izin-Nya telah diilhamkan kepada penulis dengan kaedah yang telah dipelajari, Cuma penulis terus kepada zikir pendinding “kunci langit dan bumi”.
Kaedah ini adalah berasaskan pergantungan kepada Allah semata-mata, manakala perawat hanyalah sebagai pembimbing. Ia kaedah biasa yang mengambil prinsip jika pesakit sudah boleh membaca zikir-zikir pendinding, perawat tidak perlu lagi risaukan pesakit, lantaran mereka sudah ada ‘kekuatan’.
Gangguan pada pesakit A memang liat dan sukar untuk discan. Penulis sudah 2-3 kali berikhtiar scan dan meruqyahnya. Sehinggalah pesakit A mengalami lelah kronik tetapi doktor masih keliru dengan apa sebenar jenis penyakit si A. satu ketika pesakit A diserang teruk dan terpaksa membeli tabung oxygen untuk bernafas. Si A sentiasa diserang banyak kali dalam sehari. penulis berikhtiar dan berdoa, pada satu hari setelah solat maghrib,penulis menyuruh pesakit A membaca zikir pendinding kunci 100 kali dihadapan penulis secara kuat.Jangka bacaan 15 minit, bacaan slow dan ringkas.
Alhamdulillah, pesakit A tidak mendapat serangan lelah pada malam itu dan juga dua tiga hari selepasnya pesakit bermimpi bertengkar dengan satu lembaga pendek botak yang mahu masuk ke rumah Pesakit A. dalam mimpi tersebut, pesakit A dapat menghalangnya kerana beliau mempunyai satu 'kunci' dan menunjukkan kepada lembaga tersebut. Alhamdulillah sehingga kini pesakit tidak perlu lagi menggunakan mesin oxygen tersebut.
Kaedah ini juga penulis gunakan untuk pesakit-pesakit lain dan dipendekkan cerita (tak larat nak tulis) Alhamdulillah mujarab. kaedah ini juga adalah kaedah scan, sekiranya pesakit mempunyai gangguan yang kuat ataupun setelah dirawat, untuk mempastikan jin tersebut benar-benar sudah pergi ataupun jika ada jin lain dalam badan pesakit.
Satu lagi perkara, penulis risau dengan cerita-cerita ala-ala tok bomoh dengan super power dalam blog rawatan islam ni.
Macam blog tenaga dalam indonesia,atau blog reiki. Mula cerita tu ada super power nak scan gangguan, boleh tengok cahaya dan apa kebenda lagi servis pembersihan, dengan caj yang super tinggi jugalah.
lepas tu perawat cakap kuasa super power tu semua kerana izin Allah. Perawat yang ada kuasa, pesakit tak perlu sangat berdoa dan berzikir sendiri pada Allah SWT.
Cukup power, scan dan rawat jarak jauh, hasil menakjubkan, dengan testimonial pesakit yang ramai. macam iklan bomoh.cukup mudah, pesakit sembuh dan boleh kembali ke pekerjaan rutin dan boleh juga terus buat maksiat jika mereka biasa buat. apa susah, ustaz ala bomoh kan ada. Pakai rawatan islam lagi.
Masalahnya, mana pergi kebergantungan pesakit itu sendiri pada Allah SWT. semudah 2-3 minit sahaja rawatan, sembuh. Tiada konsep pesakit berdoa,bermunajat, berzikir, solat tahajud kepada Allah.
Moga bermanafaat.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-81295826182812194572010-11-07T12:09:00.003+08:002010-11-07T12:44:23.590+08:00rawatan Herba dan Ruqyah untuk Muntah dan cirit biritAssalamualaikum,
penulis ingin berkongsi rawatan ruqyah dan herba untuk demam, muntah dan cirit birit.
Anak sulung, isteri, adik ipar penulis dan juga kenalan penulis mendapat ujian ini beberapa minggu lepas. penulis terpaksa membatalkan rancangan menghadiri KIRI akrine 30-31 Oktober. menurut Wak, penulis blog Diari Ana, ini adalah satu wabak.
Penulis telah membaca dan melakukan sedikit studi bekenaan herba untuk rawatan wabak ini yang hampir menyerupai kolera@thypoid@taun. Maklumlah musim hujan ni mudah kena. banyak juga herba yang ada namun fokus penulis ialah herba yang paling mudah didapati dan ringkas. Satu herba yang paling simple dan praktikal telah dibuat di India iaitu LEMON!
alhamdulillah, Izin-Nya.hasilnya sakit isteri makin berkurangan dan akhirnya dipulihkan oleh Allah SWT.
caranya: Lemon diperah begitu sahaja@diblender dan dicampur garam kasar (garam halus beracun), atau campur gula batu@ boleh dicampur air ribena. Minum sedikit-sedikit, sesudu @ selepas setiap kali selepasmuntah @ cirit birit.
Menurut kajian semasa, Bahan dalam Lemon dengan Izin Allah, dapat membunuh kuman bascili pada perut. Sebaiknya juga diamalkan untuk pencegahan di musim wabak melanda.
Rawatan Ruqyah :
1. fatihah 7 x
2. Solawat Thib 7x, solawat Kamilah 7x
3. Ayatul Kursi 7x
4. Al hasyr 21-24,Lauanzalna
5.Surah al Lahab: ayat 1 diulang-ulang min 7x
Pengalaman penulis semasa membaca ayatul Kursi dan Al Lahab, anak penulis masa itu tengah tidur, seolah-olah terkanjat-kanjat kakinya. (rawatan dillakukan dihospital-anak penulis terpaksa dimasukkan air, masalah muntah tak boleh masuk apa pun).
Segalanya dengan kehendak dan Izin-Nya jua.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-56719669390880645692010-11-04T14:27:00.003+08:002010-11-04T14:33:29.877+08:00Belajarlah juga rawatan islam. Islam itukan menyeluruhAssalamualaikum,
Baru-baru ini seorang ustazah meminta saya supaya jangan memberitahu pesakit saya seorang pelajar bahawa dia kena gangguan jin. Alasannya menyusahkan dan mengusutkan fikiran pelajar tersebut yang sememangnya kusut tak dapat belajar.????????? Masyaallah. masalah sebenar budak itu tak dapat belajar ialah kerana gangguan si syaitan jin tersebut. (syaitan manusia memang ada).
Assalamualaikum,
Penulis menggunakan teknik bekam versi sendiri hasil gabungan akupuntur, smt, refleksologi, urut dan ruqyah syariah untuk mendapatkan titik acubekam yang sesuai.
Penulis masih ada kelemahan teknik bekam, namun kelebihan teknik ini ialah menjimatkan titik bekam yang perlu sahaja. Sekaligus mengurangkan masalah kos harga rawatan, bilangan cawan bekam, dan mengurangkan risiko sistem imun apabila terlalu banyak darah diambil.
sekian.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-31312536547906966672010-10-17T14:30:00.005+08:002010-10-17T14:52:19.491+08:00Mengesan dengan keberkatan Sholawat Azhimiah, misteri tompok dalam x-ray.Assalamualaikum,
Pelik, pesakit tiada rasa sakit yang serius,cuma rasa payah nak bernafas kadang-kadang. doktor pun tak tahu sakit apa. namun dalam gambar x-ray ada tompokkan hitam. Penulis melakukan scan secara tanda fizikal, takde yang luarbiasa. Scan ruqyah, punyalah liat nak respon. Penulis berdoa supaya pesakit tidak kerasukan sebab hari dah lewat malam.
Keputusan Scan ruqyah tak stabil. Pesakit ada sedikit respon di kaki dan jari. namun pesakit tidak menyedari. nampak gayanya perawat syok sendirilah. Ini lah sebabnya perlukan saksi.
Penulis melakukan ikhtiar terakhir, hari dah lewat malam sangat. Penulis membaca selawat "azhimiah" 3 x. kali pertama bacaan sampai pada ucapan ..An tusholiyya 'ala Maulana Muhammad,.." tiba-tiba jarinya bergerak. Alhamdulillah. Keberkatan selawat kepada nabi bergelar kedudukan tertinggi. bacaan kedua penulis mohon dijadikan api yang mengejar jin tersebut dan racun berbisa, responnya semakin ketara sehinggalah pesakit perasan sendiri.
Perawat menyudahi rawatan dengan air ruqyah, madu ruqyah dan juga minyak zaitun ruqyah. Pesakit diminta berjumpa perawat untuk rawatan selanjutnya bebrapa hari lagi.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-54836665569909534032010-10-12T18:16:00.004+08:002010-10-12T18:45:16.759+08:00Bolehkah berkongsi merawat dgn tok bomoh? Tengoklah dulu, Boleh tu boleh, cuma... ambik masa kena kaji dulu.2010/10/12
'Gadis ghaib henti guna bomoh'
PENGAMAL perubatan dilantik YIT dan orang ramai membaca surah Yasin sebagai sebahagian daripada rawatan gadis ghaib dari rumahnya.
JERTIH: Pengamal perubatan Islam yang dilantik Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, meminta keluarga itu tidak menggunakan khidmat bomoh lain untuk sementara waktu bagi memastikan proses rawatan dilaksanakan dengan berkesan.
Permintaan itu diutarakan tiga pengamal perubatan berkenaan semalam selepas mereka menangkap 12 lagi jin di rumah gadis itu di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, termasuk makhluk dipercayai ditinggalkan bomoh lain yang merawat gangguan misteri terbabit.
Pengamal perubatan berkenaan yang juga anggota skuad khas ditubuhkan YIT untuk menangani penyakit misteri dan histeria, meminta langkah sedemikian selepas mendapati ikhtiar mereka sejak beberapa hari lalu menunjukkan hasil apabila gadis itu tidak lagi ghaib pada waktu senja.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gadisghaibhentigunabomoh_/Article/index_html
komen:
the right time and at the right spot. Masalahnya bukan tak nak siasat bomoh tu betul ke kaedahnya. Cuma itu akan ambil masa yang lama dan teliti. Tambahan tengah dharurat. Ambil sahaja yang jelas clear bersih, tak susah-susah.
Kalau bomoh tu benar oklah. Kalau bathil? Tak ke naya. Tiada keberkatan. yang Hak tidak boleh bercampur dengan yang bathil. Jawabnya,Masa emergency macam Balkis tu, tinggalkan keraguan dahulu, ambik yang tanpa was-was. Lepas tu, kajilah lama-lama, boleh ke tak diterima amalan sipolan-polan berkenaan.
Albaqarah: 42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
Assajdah:18. (jika demikian halnya) maka Adakah orang Yang beriman sama seperti orang Yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).
lagi satu, surat khabar zaman la ni memang ironik sungguh, dalam satu paper tu boleh ada campur aduk gambar artis atau ahli sukan semi-bogel, muka surat tengah isu jenayah seperti rogol, curi, buang anak dll meningkat atau menurun dan cara atasi, manakala pada muka surat lain ada pula dakwah suruh insaf.
mana satu nak ikut ntahlah, sekejap berahi, sekejap marah sekejap insaf. kemudian naik balik nafsu. Terpulang pada akal dan iman seseorang. kalau anda ada anak remaja membaca benda-benda lucah, boleh ke anda percaya dia tidak akan terpengaruh? Jika anda kata percaya, itulah yang dikatakan juga oleh ibu bapa kepada remaja yang termengandung atau buang bayi.
Akhir kata, Jangan kamu hampiri zina. percayalah apa yang Allah larang itulah yang terbaik untuk kita. Jangan percaya akal kita semata-mata. Ditakuti terjerumus kedalam mensyirikkan Allah SWT. takut hati kita percaya undang-undang manusia lebih baik dari undang-undang Allah.
Al israak: 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Assalamualaikum wrbkt,
Dia datang lagi.Tiba-tiba rasa seram sahaja bila buka blog ni. Terasa meremang teramat sangat. kaku jari-jemari rasanya. Berdebar-debar dada. Setiap kali nak menulis, penulis rasa terbeban, takut-takut termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadith sebelah blog. Asyik terpandang-pandang kat hadith sebelah ni. Mana tahu hanya sekadar pandai-pandai berkata sahaja, tanpa ilmu dan bukti yang shahih dan nyata. Moga-moga Allah swt menunjukkan penulis dijalan yang benar.
Minggu lepas, sekolah terkena kes rasukan atau histeria. Mula-mula 1 orang sahaja, pastu 2 orang, PAStu 6 orang! kes belaku waktu malam. penulis dapat panggilan telefon pukul 11.30 pm. Penulis tak terkenal pun, cuma pemanggil tu kebetulan warden asrama yang juga member baik. jadi dia tahu jugalah pekerjaan spare time penulis.
Penulis (lepas ini den) tanya dulu kawan tu untuk pastikan dahulu jika ada tak perawat islam lain yang ada boleh tolong. Utamakan yang terdekat dululah, dan terpenting lebih alim dari penulis. oleh kerana No way Out katanya, penulis pergilah berikhtiar setakat tahu. banyak yang dah lupa sebab dah berkarat tak buat praktikal.
alhamdulillah, mereka dah buat dulu ikhtiar bacaan Yaasiin ramai-ramai. yang penting kembali rujuk kepada Allah SWT. asal trigger point kes ni ialah mereka buat jamuan hari raya, siap dengan karaoke lagu raya, campur-campur laki perempuan.
bila den sampai, keadaan dah agak tenang. den tepon orang lama mualij Syahidi akrineslimriver, tanyakan experience dan bimbingan dan petua2nya. Beres je bunyinya. oklah syukran laka syeikh.
Mula-mula den pakai petua ambik org paling last kena. Tak de byk response sgt. tapi den ikhtiar lagi, ambik sorang-sorang. Last den buat dapatan survey. general conclusion dululah, terlalu kuat kaitan dengan 'gangguan lama' masing-masing. tapi adalah juga yang dapat bias. Wallahua'lam. benda tak nampak, gone@macamna nak cakap confirm? den takde belajar atau kebolehan kasyaf. Nak yang kasyaf?, cari lainlah. biarlah den takde customer dah lepas ni. ingat nak tukar karier menoreh lah pulak.
ada yang asalnya kes nampak lembaga spt pontianak, saka rmau dsbnyalah. cuma yang tak sedapnya, pesakit2 esoknya semua balik kampung. den risau takde follow up. mandian atau minum air jampi ke dsb. sebenarnya den lebih risau jika den lupa nak dakwah kan perlunya pergantungan kepada Allah semata-mata.
den tawakal pada Allah dan berdoa agar kes ini selesai dan muncul pula perawat lain yang lebih alim,boleh den pula pergi berubat dengan beliau.Maklumlah den pun manusia juga, doktor hospital pun sakit.yang tak mungkin sakit, Allah.Ni lagi satu, orang ingat kalau doktor atau perawat, tak mungkin sakit. Siapa yang layak turunkan penyakit dan siapa yang layak menyembuhkan? Perawat ke? sakit tu ujian dari Allah SWT. perawat hanyalah tukang doa.
Ingat kursus KIRI 30-31 Okt ni nak bincang juga kes ni dengan SIFU den. kalau Sifu tak busy.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-66346677457997700712010-09-22T22:34:00.003+08:002010-09-23T00:26:48.639+08:00Bolehkah berkongsi merawat dgn tok bomoh yg mengubat cara kungfu?Assalamualaikum,
Ini isu biasa, semua mualij pun tahu, yang benar tidak boleh bercampur dengan yang bathil. Macam madu campur arak, halal ke? meskipun tujuannya baik.
pengalaman ana sendiri, semasa merawat pesakit di tengah khalayak ramai (silap ana juga, cuma dah emergency dipanggil), ada insan pula yang memandai nak kongsi merawat sama. ana ingat tak pa, asal niatnya bagus. cuma, ana memang kenal orangnya..masyaallah, kalau orang tengah solat insya' jamaah kat surau, dia mesti ada kat luar kat tengah jalan, termenung atau ada kat kedai kopi. tu belum kira waktu solat yang lain, dia adalah kat mana-mana. si dia tukang urut juga, dan adalah amalannya dimata penulis yang memang memanggil benda lain. Itu ana tahu selepas siasat teliti insan tadi, setelah 'bantuan' misteri yang diofferkan.
hasilnya memang mengecewakan. Ikatan wakaf 9 ayatul kursi yang pada mulanya berkesan dengan izin-Nya tiba-tiba melonggar dan pesakit mahu melompat ke luar tingkap pula.
Bila nan bawa kes ini kepada salah seorang guru ana, dia melarang sama sekali.
oklah, bila sahaja lihat satu siri rencana di tv* malam ni, ana gusar sedikit rasanya. namun mungkin ada sebab yang ana tak tahu atau kurang arif lagi. Muga ada penjelasan, agar tenang sedikit di hati.
kenapa pula kumpulan tu merawat atau scan gangguan mesti bersilat? mistikkah unsur silat ni? ana pun ada juga belajar beberapa jenis silat seperti silat gayong pusaka, gayong malaysia, silat cekak, silat kalimah, silat cekak hanafi(sebagai bukti shj, bukan menunjuk2, tahap biasa). Rasanya takde pula 'bunganya' ada unsur mistik sampai boleh halau 'jin' ataupun guru utamanya 'claim' boleh halau 'jin' dengan bersilat. bagaimana pula kalau perawat berkungfu atau berkarate atau kalari payat? Mungkin MMA? Mixed martial art macam di Amerika? Memang ada hadith sahabat bergusti dengan jin, tapi berbunga2 silat tu yg pelik.
Kenapa perlu digabungkan yang sangat kontra? takkan bercampur minyak dan air. begitulah haq dan bathil.
nampak seolah2 pemilik rumah hanya mengharapkan perawat ataupun bomoh, meskipun pasrah dan redha pada Allah namun cara dia bertawakkal hanya mengharapkan doa orang lain. asyik berbomoh-bomoh sangat berbahaya, silap gaya makin banyak jin yang masuk. Jika yang pertama tak serasi, kenapa tak cari perawat2 lain yang jelas status rawatan islamnya seperti darul syifa, darussalam,TIAF, adakah pemilik rumah itu menghiasi rumahnya dengan bacaan al quran? Ana mungkin tersilap atau mungkin betul.
Wallahualam.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-76628713689370268912010-09-15T01:11:00.005+08:002010-09-15T01:49:22.237+08:00inikah balasan atau pengajaran?Assaamualaikum rbkt,
Selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir batin, dari insan biasa yang terlalu mudah melakukan dosa.
Ini kisah lama tetapi plot lain. Pesakit dari cerita lama."akhirnya Bomoh menang 4-0 mengalahkan ustaz" Beberapa hari yg lepas, saya baru ketahui beberapa perkara secara tidak sengaja tentang seorang pesakit gangguan halus dikampung saya. Meskipun dirawat dengan kaedah rawatan islam,oleh seorang ustaz (bukan saya),namun pesakit anak si M kurang berhasil sembuh. Malah, rumah barunya juga masih tidak dapat diduduki. setelah berubat dengan bomoh pula, menjadi kurang sedikit, tapi makin teruk penyakitnya sampai bergantung sepenuhnya dengan bomoh tersebut. Dengar ceritanya teruk pula dimanipulasi oleh sibomoh tadi.
Perihalnya, Si M tadi memang agak mengenakan upah yang melampau mahal kepada penduduk kg untuk setiap kerjanya sebagai tukang rumah. Beliau juga tidak membayar gaji upah untuk pekerjanya orang indonesia. Cerita lain dulu-dulu sebelum itu, disaksikan sendiri oleh penduduk kg dan saudara mara terdekatnya juga, isteri M semasa ayahnya sakit, lantaran sentiasa termuntah selepas makan,lansung tidak membenarkan ayahnya masuk kerumah (tapak lama umtuk rumah baru dibuat) semasa makan, hanya boleh makan ditangga sahaja. isterinya juga enggan membasuh baju ayahnya. Perbuatan ini dilakukan sehinggalah ayahnya meninggal. Mungkin itulah sebabnya si M dan keluarganya tidak boleh masuk ke rumah barunya. Masuk sakit, masuk saja sakit.
Kisah tadi entah ya entah tidak, penulis mendengar cerita ini dari saudara terdekatnya sendiri yang alim orangnya. Juga dari orang-orang lama kg tersebut. Wallahu a'lam.
namun yang penting, berbuat baik kepada ibu bapa. Derhaka, balasannya didunia lagi.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1446468671332169988.post-94384196848506422010-07-30T18:39:00.002+08:002010-07-30T18:44:48.779+08:00penguat keyakinan-keyakinan rawatan ruqyahAssalamualaikum wrbkt,
Tanda kebesaran bacaan alquran
Disini ada bukti saintifik ‘bunyi mengubah sel dalam badan kita’. Jadi jika kita kurang yakin alquran boleh merawat tulang patah seribu sekalipun,fikirkan semula.
13. Ar Ra'd: 31. Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quran itulah dia)[774]. Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
Tak suka baca alquran? Letih? Tak ada masa? Sakit?
6. Al An'aam: 25. “Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkani (bacaan)mu, padahal Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. Dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. Sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: "Al-Quran ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu."
26.” Dan mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyadari”
Sebenarnya al quran lah ubat letih. Ubat bosan. Ubat penyakit. Amalkan sekurang-kurangnya membaca ataupun mendengar paling kurang setiap malam.
wassalam.En 'abdukahttp://www.blogger.com/profile/10743071270712528080noreply@blogger.com0