Saturday, December 12, 2015

Rawatan salah bantal. macam -macam dah ikhtiar, alhamdulillah menjadi.

Assalamulaikum WRBKT, Hari ini penulis ingin berkongsi teknik rawatan (yang menjadi sahaja) untuk masalah seliuh leher atau lebih popular dengan panggilan salah bantal. Alhamdulillah akhirnya diizinkan Allah swt yang memberikan peluang kepada penulis merawat masalah salah bantal dengan teknik urutan sahaja. Namun penulis mencuba dahulu dengan teknik cvmt, seterusnya kiropraktik terlebih dahulu, kemudian barulah penulis meneruskan dengan teknik urutan. pada hemat penulis kebanyakan masalah ini disebabkan urat pada pinggang bermasalah, barulah otot pada trapezius. Jadi penulis membuat urutan secara intensif di bahagian titik pinggang lebih banyak berbanding trapezius. Namun ada juga kes tak berapa menjadi dengan urutan. Setelah di siasat, rupanya gangguan jin. Begitulah dengan izin Allah, setelah rawatan khusus untuk gangguan jin, pesakit sembuh serta merta. wassalam.

Sunday, March 23, 2014

KENCING TAK LAWAS.

Assalamualaikum WRBKT, Apa khabar? semoga Allah swt mengurniakan kesihatan kepada anda semua. Penulis ingin berkongsi kaedah urutan tradisi untuk merawat kencing tak lawas. kebiasaan titik rawatan untuk kencing tak lawas ialah pada sekitar pinggul kiri atau kanan pesakit. Manakala rawatan herba ialah penggunaan daun misai kucing atau pecah beling atau misai adam atau yang mana sesuai ikut petua masing-masing sebagai teh. Selamat mencuba, juga jika ada yang tak setuju, boleh email penulis. Tk. Wassalam.

Tuesday, November 19, 2013

rawatan kecemasan untuk darah tinggi mendadak daripada menjadi stroke

Assalamualaikum WRBKT. bismillah, Mungkin saya dah post kaedah ni. tapi kita kira ulangkaji balik la. tekanan darah tinggi sgt merbahaya kerana bukan sahaja boleh merosakkkan organ di badan tetapi juga menyebabkan stroke. Di sini saya ingin berkongsi satu tips mudah untuk mencegah stroke akibat darah tinggi. teknik kecemasan untuk orang yang tiba-tiba sakit darah naik tinggi mendadak, sehingga berpinar-pinar mata yang mana berkecenderungan untuk menjadi stroke, pecah saluran darah di otak ialah:1. baca doa perlindungan dahulu.2. cari mana-mana benda tajam seperti jarum, pen lancet (pen alat bekam), paku yg sterilized.3. cucuk kat hujung anggota badan iaitu hujung jari tangan dan kaki. 4. cucuk juga kat kepala (yg ni kena belajar dulu) tujuan cucukan ini adalah untuk mengeluarkan tekanan angin yang tinggi tadi. perawat boleh lihat sendiri bagaimana laju dan kuatnya tekanan darah tadi sehingga boleh memancut darah. bagi pembekam, mereka biasa melihat tekanan ini dalam semasa membekam. in sya Allah pesakit akan terhindar dari tekanan darah tinggi yang melampau dan sekaligus stroke.

Sunday, February 24, 2013

tercekik VS terasuk , urat dan kaedah rawatan

salam, kali ni saya nak kongsikan mata urat untuk rawatan tercekik, juga terasuk. urat yang saya nak bincangkan ni rasanya semua dah tahu kot. walaubagaimanapun jangan marah, jika dah tahu, tak perlu baca lagi, hanya untuk yang tak tahu lagi je. temat point untuk tercekik adalah sama dengan tempat point untuk menyedarkan orang yang kerasukan. mana ye? betul, di belakang badan, ditengah antara dua belikat, tepat menuju ke jantung. bagi tercekik makanan, bongkokkan pesakit dan tepuk point tadi dengan agak kuat, ulang 5 kali. tindakan seterusnya boleh juga di buat dengan kaedah heimlich.(google kat internet kaedah heimlich untuk tercekik) memandangkan pointnya menuju ke jantung, ia juga digunakan untuk menyedarkan orang yang kerasukan. caranya, sama sahaja, cuma niat mesti ada dan berwasilahkan kalimah Allah yang Maha Mulia. wassalam.

Friday, February 15, 2013

kesakitan di dada, lelah yang tak kesudahan

Assalamualaikum WRBKT, sudah lama tak muncul. Agak kaku unuk menukilkan catatan kerna sudah lama bersara. tapi baru-baru ini sahabat saya Encik S terkena lelah yang tak kesudahan. Di hati saya, saya berniat jika ilmu yang saya pelajari ini diizinkan Allah SWT dipraktiskan menjadi, sembuh atau berkurangan saya akan teruskan lagi dan sebaliknya jika tidak menjadi atau mengarut semata, saya akan berhenti. Alahamdulillah, diizinkan-Nya. Berlainan dengan titik yang lazim digunakan dalam akupuntur, titik yaang dijumpai ialah bersebelahan dengan puting, di zon luar juga di bahagian pinggul, juga di zon luar. apa kaitannya titik di dada dengan titik di pinggul? kedua-duanya berada di zon atau laluan yang sama. Patutlah Encik S kelihatan lemah gaya berjalannya. dua titik di laluan yang sama. Juga terdapat 4 titik lain di dada dan kepala yang juga sama laluannya. Kesimpulan yang saya dapati ialah, perawat harus mencari dan berusaha, bukan bersandarkan teori semata-mata. juga lain orang, lain titik kesembuhannya, meskipun simptom sakit yang sama. Wassalam. S

Wednesday, December 7, 2011

petua untuk arthritis

Assalamu'alaikum WRBKT,

direct to the point, saya mendapat satu petua baru untuk rawatan arthritis, penggunaan kulit lembu! kulit direbus dan diminum atau boleh diproses dengan makanan lain.

Baru-baru ini saya ketemu dengan seorang lelaki yang berumur sedikit usianya di Kg Aman, Puchong. Beliau menghidap artritis sebelum ini. Alhamdulillah, setelah diizinkan Allah SWT penyakitnya berkurangan dan boleh berjalan seperti biasa. dari beliaulah saya mendapat petua ini.

kaedah rawatan ini ini mungkin ada kaitannya dengan ayat ini

2. Al Baqarah :73. Lalu Kami berfirman: "Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota sapi betina itu !" Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dam memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu mengerti[64].

dari segi kajian sains, kulit binatang seperti biri-biri dan lembu mengandungi kolagen yang bagus untuk menguatkan tulang.


wallahua'lam

Wednesday, September 14, 2011

Kaedah mengurut paling percuma.

Assalamualaikum WRBKT,

hari ni nak berkongsi ilmu, terkurang betulkan, terlebih ambik. satu teknik yang boleh digunakan untuk cari spot yang bermasalah ialah dengan memicit sambil mencari ikut litar atau garisan meridian. agak memeranjatkan saya kerana berbeza dengan akupuntur, terdapat prinsip meridian yang lain dalam teknik urutan. keadah ini saya belajar dengan doktor shamsul dalam teknik smt. prinsip smt ini lebih lurus, berbanding prinsip meridian akupuntur yang berbengkang bengok. cuma adalah improvisasi dari saya bila digabungkan kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. in other words, you have to learn both, to know the differents.

ok, sediakan pen untuk salin,panjang ni hehehe. kaedah yang paling mudah untuk mengurut,picit atau cubit dengan kadar medium pressure,jika pesakit mengatakan sakit atau berbunyi aduh yang bukan disebabkan kuku jari kita tajam, maka disitulah spotnya untuk ketidakseimbangan chi tersebut. uli-uli banyak kali kemudian jika pesakit dah lega kat situ, cari spot lain pula. disinilah perlunya belajar teori pula untuk mnjimatkan masa.



wasssalam.