Friday, July 30, 2010

penguat keyakinan-keyakinan rawatan ruqyah

Assalamualaikum wrbkt,

Tanda kebesaran bacaan alquran

video


Disini ada bukti saintifik ‘bunyi mengubah sel dalam badan kita’. Jadi jika kita kurang yakin alquran boleh merawat tulang patah seribu sekalipun,fikirkan semula.

13. Ar Ra'd: 31. Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quran itulah dia)[774]. Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

Tak suka baca alquran? Letih? Tak ada masa? Sakit?

6. Al An'aam: 25. “Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkani (bacaan)mu, padahal Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. Dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. Sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: "Al-Quran ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu."

26.” Dan mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyadari”


Sebenarnya al quran lah ubat letih. Ubat bosan. Ubat penyakit. Amalkan sekurang-kurangnya membaca ataupun mendengar paling kurang setiap malam.


wassalam.

Wednesday, July 28, 2010

Tulang Belakang dan tanda kalimah



Assalamualaikum wrbkt,

Diagnosis tulang belakang,

Sekiranya kita telitikan konsep alignment susunan tulang belakang dan kaitannya dengan graviti kita akan menjumpai tanda kebesarannya.

sekiranya satu segmen tulang belakang, katakan c2,bahagian leher lari sedikit alignmentnya maka satu segmen lain seperti sacral 3 akan teralih juga, maka kita akan lihat kebesaran Allah SWT.

seperti dalam blog saya sebelumnya, segmen lain perlu teralih juga untuk kestabilan graviti badan kita. Supaya kita tak senget berjalan. Atau nampak macam orang tak betul.

wassalam.

Monday, July 26, 2010

Pengalaman Ruqyah syaitan itu tidak akan mampu menghabiskan zikir ini

Pengalaman Ruqyah “ ghout …rupanya…”

Assalamualaikum Wrbkt,

Akrineputri bera menerima panggilan dari seorang sahabat S , katanya kawannya, di Bandar T, sakit teruk tak boleh berjalan. Minta penulis tengok-tengokkan, mungkin urut ke, bekam ke, S tak tahu lagi penulis ada buat ruqyah syarriyah.


Sampai dirumah pesakit, S menunggu, penulis menengokkan kan lah secara scan fizikal. “M.A. (Medical assistant) kata ‘Ghout” kata S dan juga kata pesakit. (MA tu suspek aje, semua orang terus percaya sebagai fakta). Entahlah, rasanya macam bukan tanda-tanda ghout pun. Ingat dalam hati nak buat bekam terus jelah, mana tahu kot memang ghout, penulis mungkin kurang pengalaman untuk ghout jenis ni.


Penulis melakukan scan secara kaedah ruqyah dahulu sebelum nak bekam tu. Tiba-tiba, sesuatu berbentuk bonjolan timbul dipehanya, bergerak-gerak. Serentak dengan itu pesakit terus mengaduh kesakitan, terasa sakit yang amat sangat di pehanya dan tempat bengkak sendi. Ikhtiar dilakukan dengan rawatan ruqyah, Allah penentu kesembuhan.


KELEBIHAN ZIKIR PENDINDING

Sejam kemudian rawatan ruqyah hampir tamat, jin penghuni telah bersetuju untuk keluar, sumpah telah dilafazkan, pesakit tiba-tiba rasa lega, dah boleh jalan sedikit-sedikit pula tu. Penulis mahu mempastikan ujian terakhir tiada penipuan, pesakit diminta membaca syahadah, ok, Cuma bunyi ‘ha’ tebal lain macam je bunyinya. Pesakit diminta membaca ayatul kursi, “saya tak pandai” katanya. Last sekali, penulis minta dia berzikir kalimah yang dikenali sebagai zikir pendinding, “lailahaillallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli shai in qadiir”.

Ternyata itu hanya tipudaya syaitan. Memang syaitan itu tidak akan mampu menghabiskan zikir ini, bersama pesakit. Semasa berzikir bersama-sama, abang pesakit tiba-tiba kerasukan, Penulis tidak mahu membuang masa, membuat ruqyah pendek, basmalah diikuti masyaallah, meniup pada genggaman tangan, terus menepuk belakang belikat abang pesakit. Alhamdulillah, abang pesakit tersedar. Pesakit pula tidak mampu menghabiskan zikir ini. Tergagap-gagap dan terus kerasukan semula, dan proses rawatan bermula lagi, perawat tutup sessi rawatan dengan teknik ‘tidurkan jin’. Dengan Izin Allah, pesakit ikut tertidur sebentar. Cuma kali ini tertidur dengan bantal dah siap menunggu. Moga Allah beri penulis ilham, sementara pesakit dah kurang sakitnya. Penulis bagi dia zikir tahsin.Juga penulis ingatkan dia supaya menghafal ayatul kursi dan belajar tajwid yang betul. Tidak lupa mengamalkan zikir pendinding.

Kali ke dua rawatan,sebulan setengah kemudianpenulis mendapat pesanan S dan panggilan untuk rawatan. sebenarnya penulis ingat dia dah tak mahu berubat dengan penulis lagi, maklumlah dah lama sangat. Dari info yang penulis dapat, pesakit sudah boleh bekerja tetapi sakit balik.
kita pun jika jadi pesakit biasanya mahu on the spot hilang, entah macamana takdir Allah pesakit tergerak nak panggil penulis lagi. Untuk sesi ini, Dengan izin-Nya, terbuka sebab sebenar gangguan. Pesakit mengamalkan surah alikhlas berapa ribu kali dengan tujuan untuk kemegahan duniawi. Beliau mempunyai kemampuan merawat, mempunyai kelebihan kependekaran dan sebagainyalah. Yang menariknya beliau akan sentiasa mendapati ada terselit duit RM25.00 setiap kali memanjat tiang telefon. Padanlah semasa bacaan surah alikhlas, pesakit yang kerasukan terus sahaja mengikuti.
Penulis mendapat ilham, meminta jirannya yang memang dah ada kat situ bersama-sama membuat majlis ringkas bacaan yaasiin. Semasa doa penutup yaasiin, terdengar suara pesakit mengaduh-ngaduh.
Akhirnya tiba-tiba pesakit berkata, sebenarnya jin tu yang berkata, dia dah tahan lagi. Dia mahu keluar. Setelah melafazkan sumpah, jin memberi salam (lupa nak cakap, jin itu islam) dan keluar.

Penulis menguji scan sekali lagi dan nampak gaya dah tiada. Allah sudah mengeluarkannya. Pesakit setiap kali berjumpa penulis, memang kalah VIP layanannya. Bagi penulis Ini juga satu ujian, bila rawatan berjaya, adakah kita akan berasa takbur, terasa hebat.

Sebenarnya ada juga rawatan penulis yang tidak dizinkan-Nya lagi. Cuma kita mestilah berbaik sangka dengan Allah SW. setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.

Friday, July 23, 2010

Jurus Mata Batin tahap kedua untuk teknik refleksologi




Assalamualaikum,

Refleksologi dan diagnosis tapak kaki

Akrineputri bera ingin berkongsi setakat yang tahu ilmu refleksologi jurus mata batin peringkat kedua rawatan awal...(maaf, bergurau sedikit aje). tanda atau diagnosis. Diagnosis awal sangat diperlukan supaya tidak tersilap langkah dalam merawat. kaki mungkin bermasalah,bukan organ, silap gaya kaki yang sakit.

Sebelum mengurut refleksologi , Pihak Akrinebera mementingkan pemerhatian yang teliti dan cekap dan sepintas lalu diperlukan. Ini memandangkan pesakit bertindak sebagai pelanggan yang biasanya dah tak sabar untuk diurut, lenguh dan mahu rileks dan hilangkan secepat mungkin. bukan diperhati lama kakinya. Malu pula pesakit itu.


Sekiranya ada kesemua jari di kaki Metatarsal terengging atau naik ke atas, (sila lihat gambar diatas perbezaan kaki normal dan yang terengging, namun gambar diatas merenging melampaui normal,bukan simptom sebenar, hanya hampir menyamai) kemungkinan besar lenguh bahu dan leher yang melampau juga boleh pergi ke kepala sakitnya. Perawat sebaiknya bertanya pesakit juga setelah mengenal pasti simptom.
Wassalam.

Thursday, July 22, 2010

MAKAN LAH BABI, PELIHARALAH ULAT TU..DALAM OTAK ANDA

video

ASSALAMUALAIKUM WRBKT, INI ADA SATU LAGI,SAYA PERNAH TONTONI DALAM PRORGRAM ASTRO, HOW SCI FIC SAVES MY LIFE, ULASAN TENTANG CERITA STARGATE. TERDAPAT SLOT DIMANA ULAT DITARIK HIDUP-HIDUP DARI KEPALA YANG DIBEDAH. dOKTOR TU KATA ASALNYA DARI DAGING LEMBU ATAU BABI. BUKAN SAYA YANG CAKAP,DOKTOR TU YANG CAKAP.

6. Al An'aam:145. Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - karena sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



WASSALAM.

SUSAH NYA NAK KELUARKAN ULAT ITU. Pork and Coke ( SHOCKING! )



Assalamualaikum,

video yang saya dapat dari youtube, susahnya nak kesan ulat dalam daging khinzir, hampir 2 jam baru keluar.

2. Al Baqarah: 173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah[108]. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


wassalam.

Wednesday, July 21, 2010

pendinding amalan sendiri sebelum baiki tulang, refleksologi dan urut



Assalamualaikum WRBKT,

Sebagai perkongsian bagi sesiapa yang belum tahu atau ingin tahu. Moga ada manfaatnya. Dan terhindar dari ketakburan.
Persediaan sebelum merawat
Berikut adalah ikhtiar ruqyah yang biasa saya gunakan sebelum proses merawat samada mengurut, baiki tulang atau refleksologi.
Memohon padaNya, paling asas saya baca tawaudz, basmalah dan basmalah penggerak.

Namun jika ada masa sedikit, saya akan baca alfatihah, ayatul kursi dan 3 kali 3 qul setiap satu. Disudahi dengan selawat.

Jika ada masa lagi sebelum itu saya akan baca zikir pendiding ini. (pagi dan petang sudah tentu asasnya)

Kemudian saya akan tiupkan pada tapak tangan yang ditemukan dan sapu pada badan.

kadang-kadang sebagai tambahan saya amalkan juga ikhtiar doa dari TIAF, AKRINE, Ustaz ZD Temerloh dan Encik Ahmad , semuanya guru dan sahabat saya.

Berdasarkan pengalaman, pernah terjadi, semasa saya membaca 3 qul sambil menadah tangan berdoa, pesakit sudah memperlihatkan tanda-tanda ada gangguan. Ada pesakit yang jari-jarinya bergerak-gerak sendiri, ada yang kakinya tergerak semasa hendak disentuh, malah ada yang terus kerasukan. Semua ini adalah tanda keagungan Allah swt dan kebenaran hadith nabi saw.

Wassalam.

Teknik Ruqyah syar’iah.

Tuesday, July 20, 2010

Pengsan,sawan,histeria : Guna satu titik urat di kaki: Ruqyah syariah, refleksologi, akupuntur dan urut tradisi: Titik pertemuan mata urat


Assalamualaikum,

Ruqyah syariah, refleksologi, akupuntur dan urut tradisi: Titik pertemuan mata urat.

Akrineputri bera kali ini ingin membincangkan disiplin perubatan alternative yang dimana semua pihak bersetuju inilah perkara yang kami pakai dan sama konsep. Dalam refleksologi dan akupuntur dan ruqyah syariah ada satu titik pertemuan. Dalam akupuntur dinamakan K1, manakala dalam refleksologi ialah titik mata urat untuk buah pinggang. Jangan lupa ginjal mempengaruhi tekanan jantung melalui hormone adrenalin, juga darah, melalui kandungan air dalam darah.

Fungsi titik ini dengan izin Alllah boleh digunakan untuk menyedarkan orang yang pengsan, untuk kerasukan, hysteria, sawan, stroke, juga untuk kebas di kaki dan lain-lain yang belum saya ketahui atau terlupa nak tulis dalam blog akrineputri bera ini.

Teknik gabungan yang boleh digunakan adalah dengan cara menekan kuat-kuat titik mata urat K1 sambil membaca ruqyah, boleh juga untuk kecemasan, ruqyah pendek seperti awal ayat Surah maryam“ Kaaf ha ya ‘ain shaad” atau selawat atau pilihan ilham sendiri.

Walau bagaimanapun berdasarkan pengalaman saya, jika dibacakan ruqyah, tekanan hanya sekadar sederhana ataupun sedikit sahaja diperlukan berbanding dengan teknik acupressure sahaja.


Sebagai peringatan sekiranya pesakit telah sedar, tekanan perlu dikendurkan secepat mungkin kerana biasanya pesakit yang tersedar akan berasa kesakitan teramat sangat.
Sebarang kemusykilan boleh hubungi saya atau jika ada ilmu yang ingin dikongsi boleh e-mail ataupun dikongsi dalam ruangan komen.

Wassalam.

Ruqyah syariah, refleksologi, akupuntur dan urut tradisi: Titik pertemuan mata urat.

Monday, July 19, 2010

kaedah baiki tulang belakang cvmt-selamat dan tiada kesakitan lansung

Assalamualaikum,


Kaedah Baiki/penjajaran semula Tulang belakang

SAKIT DAH HILANG, SAJA NAK TENGOK IKHTIAR PERAWAT MACAMANA

Ada satu kes, pesakit mengadu sakit bahagian belakang lumbar, namun setelah discan dengan ruqyah, masalah sebenar ialah gangguan jin. Perawat membuat rawatan ruqyah pendek, kemudian melakukan scan sentuhan fizikal, tetapi pesakit tidak memperlihatkan pula reaksi masalah fizikal. Tidak lama 2,3 hari kemudian, pesakit memberitahu pada hari itu sebenarnya dia tiba-tiba rasa lega, cuma dia tidak pasti atau ragu, mana tahu kalau-kalau kelegaaan itu hanya kesan sementara, oleh itu dia tidak mahu memberitahu lagi kepada penulis, sedangkan penulis sudah letih juga membuat scan fizikal . Sebelum ini pesakit telah banyak kali berurut dengan ramai tukang urut, namun tiada perubahan, ataupun hanya sementara.

PERKHIDMATAN CVMT TULANG BELAKANG SEBAGAI SATU IKHTIAR SAHAJA

Memang saya tak pandai baiki tulang jarak jauh samada pakai buluh ke atau pakai tenaga dalam. Persoalannya boleh ke kaedah PJJ tadi dipakai atau ikut hukum syarak? saya tak mahu panjangkan di blog ini. Kepada pesakit bermasalah tulang belakang yang ingin berubat dan mendapatkan khidmat nasihat jarak jauh pakai telefon atau sms sukar mempastikan sakit anda kecuali check ditempat saya disini dulu. Kerana memerlukan kemahiran sentuhan, untuk menentukan sakit tang mana. Berbeza dengan chiropractic, CVMT lebih kpd pesakit terlentang muka menghadap ke atas. Pesakit juga kadang-kadang tidak merasai apa-apa, hanya goncangan sedikit-sedikit. Dalam kaedah CVMT, manipulasi dilakukan pada tgn dan kaki. Juga pesakit sendiri akan membuat adjustment dengan bantuan perawat.

Sebaiknya pesakit membawa teman, jika perempuan, muhrim kerana sesi rawatan melibatkan sentuhan ke tulang belakang.

Rawatan agak lama kira-kira 45 minit-1 jam.Maklumlah tulang belakang manusia bukan tulang ikan, silap-silap,jika terburu-buru boleh lumpuh. namun insyaallah, rawatan adalah selamat dan tidak ada lansung unsur kesakitan.

Sebaiknya pesakit mempastikan sendiri vertebrae mana yang bermasalah. Pesakit mestilah berjumpa doktor dahulu. Mendapatkan kata putus doktor dan mengetahui bahagian mana yang bermasalah samaada di cervical,(leher) di antara c1 sehingga c7 atau Toraks (tulang belakang yang bersambung dengan rusuk ), atau lumbar (tulang belakang bahagian pinggang) atau sacral (tulang belakang bahagian punggung).

akhir kata, kaedah ini hanyalah satu ikhtiar sahaja, sekiranya anda datang berjumpa saya, saya kena scan dahulu rawatan yang sesuai kerana belum tentu masalah sebenarnya ialah tulang belakang. Berusaha, berikhtar,bertawakakal, Allah penyembuhnya.

wassalam.



Wassalam.

Sunday, July 18, 2010

AKHIRNYA BOMOH ITU DAPAT MENEWASKAN USTAZ

Assalamualaikum WRBKT.

BOMOH VS USTAZ, BOMOH MENANG 4-0

Nampak gayanya, pesakit rata-ratanya banyak berjumpa dengan bomoh, ada juga yang buat rawatan dengan bomoh seberang, yang glamournya bomoh dari l****k . Ada yang pakai minyak penghalau hantu syaitan, Ada juga memakai tangkal yang kononnya dibacakan ayat alquran . Menariknya tangkal yang dibakar, meletup tiba-tiba.
Pernah terjadi di sebuah kampung, pesakit budak lelaki berusia sekitar 12 tahun jenis kerap pengsan, telah pengsan sebulan lamanya. Sebelum itu pesakit bergaduh sesama budak lelaki lain dan kena sepakan kat rusuk. Lantas pengsan, bawa ke hospital. Hospital kata takde kecederaan apa-apa. Akhirnya Mak budak tu bocorkan rahsia, “budak ni kalau sakit memang mesti pengsan. Tak kiralah demam ke apa”. Malangnya takde Ustaz, mahupun tok guru yang ada kat kampong yang pandai rawatan islam yang tahu merawatnya. Tak apa ke? ……….Sehinggalah pesakit berjumpa tok bomoh, mula sekali bomoh buat rawatan macam biasa je lah.last sekali tok bomoh ni kata, jiran nya yang buat. Hebat betul temberang tok bomoh, Alasan pun macam tak lojik. Katanya Jiran tu upah tok bomoh RM 2 ribu untuk buat kerja jahat tu. Jiran tu punyalah miskin, kerja pun ambil upah jaga kebun orang, manalah dia nak cekau RM 2 ribu?
MUKA BERUBAH WAJAH GELAP
3 org tetamu jauh datang. Dari sebelah arah tasik bera . Datangnya malam. Tak boleh tunda dah katanya, Sebenarnya penulis dah banyak kali menunda temujanji dengan mereka. Maklumlah penulis memang tak buat rawatan waktu malam. Ikut petua guru sahaja, bukan ada apa pantang apa-apa. Mahu tak mahu rawatan dibuat juga selepas insyak.
Bermula dengaan Siisteri, kurang reaksi tetapi tetap ada tempiasnya. Kemudian sahabat, peniaga kedai makanan mereka yang juga majikan siisteri. Semasa diruqyah dengan tidak semena-mena si peniaga mukanya berubah sekejap jadi gelap dan menggerunkan pada pandangan penulis. Penulis mengambil sunnah Rasulullah, melafazkan sabda baginda saw “Ukhruj ya ‘aduwallah…Keluar wahai musuh Allah,..” Alhamdulillah, wajahnya kembali seperti biasa. Setelah disiasat, sipeniaga ada menggunakan minyak wangi seakan minyak ‘one drop’ yang telah dijampi oleh bomoh seberang dari l****k. Minyak itu dicalit dimuka. Tujuannya untuk menghalau gangguan jin. (ya ke? Selain Minyak kasturi boleh ke?)
MELIHAT BEBOLA CAHAYA
Oleh kerana sipeniaga ada bawa minyak seakan-akan ‘one drop’ . . penulis suruh bakar atau campak ke sungai,(adalah kaedah nak buangnya). masa bakar ,si suami ambil gambar guna handset, selepas habis rawatan dia pun tunjuk, nampak terlalu banyak bebola cahaya, beratus. Selepas itu dia tunjuk gambar minyak yang dibakar kali kedua (pembakaran dilakukan dua kali). Tiada pula bebola cahaya yang timbul.


TANGAN TERANGKAT
Tiba giliran sisuami – penulis mendapat ilham membaca surah albaqarah: ayat 102 –dengan mengulang-ulang perkataan “Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya”- tiba-tiba lelaki itu mengaduh kebas pada tangan kanannya dan sekonyong-konyong itulah tangannya itu mula terangkat perlahan-lahan.
sisuami sebelum rawatan mengadu beliau cemas kerana beberapa kali hampir mencederakan isterinya terutama semasa tidur. Pernah hampir membunuh isterinya. Beliau bermimpi mencekik sesuatu dan apabila beliau terjaga tangannya sudah berada dileher isterinya.
GANGGUAN SELEPAS RAWATAN
Rupanya sisuami tadi sudah biasa ambil gambar setiap kali pergi berubat , (sayangnya berubat dengan bomoh seberang)beliau mengunjukkan gambar-gambar yang pernah diambil kepada saya, memang betul ada yang bentuk kabus lembaga, . Kemudian ketika hendak balik pun dia mengambil gambar kat kereta kerana sudah biasa begitu . “ ada benda pasti ikut kami bila pergi dan balik dari berubat” katanya. Dia pun ambil gambar kat keretanya , tunjuk kat saya, memang jelas nampak ada satu bebola cahaya yang menimbulkan sedikit kabus meliputi keretanya.
KEHEBATAN SURAH AL FURQAN
Dengan izin Allah, saya berdoa dan membacakan satu ayat dari surah alfurqan: 23 ‘waqadimna….’ Yang bermaksud “ Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan” lalu ditiup keras pada tapak tangan dan seterusnya membuat aksi rejam 5 kali. Alhamdulillah gambar kali kedua menunjukkan tiada lagi. Ini menguatkan keyakinan saya sebagai bukti teknik ini sebagai benar.
Pesakit juga menceritakan tentang tangkal alquran yang diberi oleh bomoh seberang kepadanya. Saya menasihatkan supaya membakar sahaja atau buang kesungai. Beliau memilih cara pertama. Peliknya Tangkal yang dibakar tiba-tiba meletup.
Bersambung.

Teknik Ruqyah Syar‘iah: Pengalaman

Saturday, July 17, 2010

Diagnosis : Mata gatal sentiasa, tapi penglihatan ok je, ape masalahnnya

Assalamualaikum,

YOUR EYES CAN TELL. "Dari matamu ku tahu hatimu".

Teknik Diagnosis pada deria, hari ni terasa nak cerita bab tak glamor ni dululah. Namun diagnosis ni sangat penting kerana itulah tanda keajaiban Allah dengan makhluk ciptaan-Nya.

40. Al Mu'min: 13. Dia-lah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Nya dan menurunkan untukmu rezki dari langit. Dan tiadalah mendapat pelajaran kecuali orang-orang yang kembali (kepada Allah).



Deria kita adalah juga petanda kepada dengan masalah pada organ-organ kita. Diagnosis ini sebagai alternatife perubatan sahaja. Maklumlah dah malas sangat nak ke hospital untuk check up. Contohnya mudah kalau kadang-kadang asyik gatal mata, tapi penglihatan kira ok, Cuma kadang-kadang tu kepala pening, bendalah penyakit ni. So disini kita boleh suspect ada masalah sedikit pada hati kot.

Jantung, deria yang berkaitannya ialah pada lidah. (pucat) Tidak hairanlah, kalau patient yang kena stroke, lidahnya pelat sedikit, malah ada yang tak boleh bercakap lansung. Kalau bercakap asyik telo sahaja pun boleh jadi tekanan darahnya bermasalah. Sebab tu banyak baca alquran, baca zikir, jantung jadi makin bagus.

Paru-paru pintunya pada hidung, Bayangkan kalau oksigen nak masuk asyik pakai mulut. asyik buka jelah mulutnya, macam ikan.Larilah orang menengoknya. Contoh terdekat ialah bila selsema, resdung, pernafasan tersekat, maknanya paru-paru bermasalah.Jadi, kalau berhingus atau bersin je, jangan lupa urut mata urat untuk dada juga.

limpa pada mulut( bibir), bibir pucat mungkin sebab terlebih make up, kena pandai-pandai le diagnos tu. kalau disertai dengan mudah demam tu boleh jadila.

hati- diagnosis derianya pada mata. Sebab tu orang melayu kata dari mata turun ke hati.

dan ginjal pada telinga. So kalu telinga gatal-gatal atau berdesir-desir, atau berdesing macam bocor je mungkin ginjal bermasalah. dan ada juga kes orang yang bermasalah buah pinggang, selepas makan ubat 'drug' hospital,telinganya jadi pekak. pelik tetapi benar dan boleh difahami jika mengetahui jalan ilmu tertentu.

bab ni saya dah cerita dahulu dalam laman blog lama akrineputri bera yang menggunakan alamat lama http://rawatanislam.net. Cuma saya tak huraikan secara panjang lebar. Artikel yang ni pun kira ringkas lagi. Harap-harap sesiapa yang cut and paste artikel ni catatlah juga pengarangnya.

Wassalaam.

Sakit belakang, kenapa sekejap je hilangnya, datang balik.


Assalamualaikum WRBKT,

Kaedah baiki tulang kaedah CVMT. (Maaf, kaedah ini lain dari kaedah kiropraktik) Prinsip asas. Tulang belakang atau vertebrae adalah berpasangan, Seperti juga semua benda atau makhluk di dunia ini. Cuma kita mungkin tak jumpa penemuan saintifik lagi.

51. Adz Dzaariyaat: 49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.

36.Yaasiin:36. "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."

35. Faathir:11." Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan . Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. "

Macamana boleh jadi sepasang pula? kesan graviti. Bila berlaku impact samaada perlanggaran, kesan accident, pergaduhan( kena tumbuk dan sebagainya) terlalu lama dalam sesuatu posisi, maka satu struktur tulang akan lari. Contohnya bahagian leher atas kena tetakan karate atau terhantuk, pom! maka bahagian tulang belakang di bahagian bawah akan juga lari sedikit untuk mengekalkan keseimbangan graviti badan. Supaya kita berjalan tak herot, macam ketam.

Perumpamaanya ialah seperti seorang ahli sarkis cuba menyeimbangkan kerusi yang diangkat dengan hidung. Kepla bergerak kearah belakang, manakala kaki bergerak kehadapan.

Jika kita kurang faham konsep sepasang ini, kita mungkin cuma membaiki bahagian yang sakit itu sahaja, lantas meninggalkan pasangannya yang satu lagi, yang 'kurang terasa' sakitnya tetapi ada rasa sedikit-sedikit.

Kesannya tulang tadi akan lari semula sedikit demi sedikit ke posisi bengkok yang asal untuk mengekalkan keseimbangan graviti badan. lantas kesakitan akan kembali semula.

wassalam.

Wednesday, July 14, 2010

Diagnosis penyakit tapak kaki dan teknik urutan warm up kaki

Assalamualaikum,

Diagnosis melalui kaki.Pergerakan buku lali kaki juga adalah menifestasi kepada pergerakan pinggang. dengan memusing-musingkan pergerakan buku lali kita dapati ia agak ketat. Itu bermakna pergerakan badanya terutama bahagian pinggang adalah tegang.

Disini, warm up kaki dahulu juga adalah salah satu teknik kemahiran urutan. Pada pendapat saya, sebaiknya jika pesakit dalam keadaan berbaring dicadangkan menyentuh/warm up bahagian kaki dahulu. langkah ini lebih kurang aggresif. Memandangkan menyentuh kepala agak kasar dan terburu-buru, apatah lagi pesakit baru kenal sentuhan perawat.

Semoga dapat dijadikan panduan bersama. Sekian.



wassalam.

Salam Ukhuwwah.

Assalamualaikum,


ini blog baru saya setelah blog lama terlekat. Salam ukhuwwah.

Memohon Rezeki Belas Kasihan:

Assalamualaikum,

saya sangat tertarik dengan doa ini semasa membaca satu artikel dalam surat khabar. Saya kerap terjumpa doa ini banyak kali. Moga bermanafaat.

Memohon Rezeki Belas Kasihan:



Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian Yang Engkau berikan". (28. Al Qashash:24)


wassalam.