Wednesday, December 7, 2011

petua untuk arthritis

Assalamu'alaikum WRBKT,

direct to the point, saya mendapat satu petua baru untuk rawatan arthritis, penggunaan kulit lembu! kulit direbus dan diminum atau boleh diproses dengan makanan lain.

Baru-baru ini saya ketemu dengan seorang lelaki yang berumur sedikit usianya di Kg Aman, Puchong. Beliau menghidap artritis sebelum ini. Alhamdulillah, setelah diizinkan Allah SWT penyakitnya berkurangan dan boleh berjalan seperti biasa. dari beliaulah saya mendapat petua ini.

kaedah rawatan ini ini mungkin ada kaitannya dengan ayat ini

2. Al Baqarah :73. Lalu Kami berfirman: "Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota sapi betina itu !" Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dam memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu mengerti[64].

dari segi kajian sains, kulit binatang seperti biri-biri dan lembu mengandungi kolagen yang bagus untuk menguatkan tulang.


wallahua'lam

Wednesday, September 14, 2011

Kaedah mengurut paling percuma.

Assalamualaikum WRBKT,

hari ni nak berkongsi ilmu, terkurang betulkan, terlebih ambik. satu teknik yang boleh digunakan untuk cari spot yang bermasalah ialah dengan memicit sambil mencari ikut litar atau garisan meridian. agak memeranjatkan saya kerana berbeza dengan akupuntur, terdapat prinsip meridian yang lain dalam teknik urutan. keadah ini saya belajar dengan doktor shamsul dalam teknik smt. prinsip smt ini lebih lurus, berbanding prinsip meridian akupuntur yang berbengkang bengok. cuma adalah improvisasi dari saya bila digabungkan kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. in other words, you have to learn both, to know the differents.

ok, sediakan pen untuk salin,panjang ni hehehe. kaedah yang paling mudah untuk mengurut,picit atau cubit dengan kadar medium pressure,jika pesakit mengatakan sakit atau berbunyi aduh yang bukan disebabkan kuku jari kita tajam, maka disitulah spotnya untuk ketidakseimbangan chi tersebut. uli-uli banyak kali kemudian jika pesakit dah lega kat situ, cari spot lain pula. disinilah perlunya belajar teori pula untuk mnjimatkan masa.



wasssalam.

Saturday, July 16, 2011

Teknik urutan, fasa 1.

Assalamualaikum WRBKT,


Fasa 1. Jari jemari.Jari jemari ada rahsianya. Hmm..semua org tahu. Oklah straight to the point, kaedah yang digunakan ialah kaedah memicit. sebelum mengurut, picit dahulu (jgn kuat sgt) hujung jari jemari pesakit, sekiranya pesakit terasa sakit pada salah satu jarinya, bermakna adalah masalah organ yang berkaitan dgn saluran litar badannya. Contohnya Jari kelinking adalah penanda masalah jantung atau gangguan dijantung. tekanan darah dan sebagainya. sekiranya ada rasa sensitif di jari ini kita kenalah tumpukan mencari dan mngurut saluran yang berkenaan. isyaallah jumpalah titik ketidakseimbangan tersebut. (tempat jin bertandang? entahlah...) Oh ya, kaedah ini lain matlamatnya dgn refleksologi. bukan nak urut sgt kat tapak tgn, tapi nak cari urat di badan dgn kadar ekonomi masa. kalau nak cari secara konvensional@biasa, boleh apa. tak perlu teknologi, urut je semua urat kat badan, hentam. jumpa juga, cuma penat woo. bayar rm20, buat 2 jam. penulis tak daya sgt le ni. malas lagi ada. duk kg, tukang urut yg hebat lagi ramai. paling tidak RM5 je org bagi. (tak caya?)sbb tu sy duk jual emas perak,sakit-sakit badan pun, pakai tenaga jari dan mulut je.

kenapa jari dahulu? bukan badan terus? short cut, selamat, kurang physical contactnya untuk permulaan. Mana tahu org tu jenis sombong, kaya, tak mesra ngan kita lagi.







wassalam.

Monday, July 11, 2011

Rawatan tulang belakang.Please, rawatan islam ruqyah no 1 first, baru urut ke apa ke.

Assalamualaikum WRBKT,

pengumuman, sehingga akhir julai 2011 ini, saya perlu berehat kesan dari demam suspected denggi dahulu. Bagi yang mahir, mereka boleh agak apa sakit sebenarnya.

hari perkongsian ilmu untuk scan masalah tulang belakang. Tanda masalah tulang belakang boleh dilihat pada tapak kaki bahagian dalam. Antara garis pemisah daging merah dan putih disitu jika keadaan kaki kita bengkang bengkok, tidak lurus seperti biasa, bermakna memang tulang belakang kita lari. Ini pemerhatian secara kasar (kalau dah malas atau takde masa sangat nak gi x-ray.)

rawatan saya suka ialah CVMT, cranial vertebrae mobilisation therapy, sebab macam ekspress je, kesannya. Sape yang dah pandai atau sampai tahap pakar, tak yah belajar dgn saya. Ngabiskan boreh ado.saya bukan pandai sgt pun. Tapi nak kongsi atau nak tambah, tq tuk guru. rawatan lain physioterapy, kiropraktik tahu le sikit2. tah lupa tah.

cvmt ni mesti pastikan pesakit dapat satu tahap bertenang dan rileks, baru dia insyaallah menjadi. pesakit mungkin boring, sbb tak terasa pun bergerak tulang yg sakit tu, perawat yg penat giler. perawat akan gerak2kan tangan dan kaki pesakit utk baiki tulang belakang. pelik sedikit, sbb takde pun usik kuat tulang belakang. tup2 dah boleh gerak. tapi ada masanya pesakit mungkin marah kat perawat sbb pesakit kena bersenam sedikit. tu saya pernah rasa.

Nasihat saya, no 1. dapatkan rawatan islam secara ruqyah dahulu, baru teknik baiki tulang belakang ni.

oklah.

wassalam.

Thursday, June 30, 2011

mata urat untuk kuatkan rahim orang mengandung

Assalamualaikum WRBKT,

Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana menyembuhkan saya dari sakit suspected denggi baru-baru ini. (kesannya masih terasa sampai sekarang)

Hari ini seperti yang dijanjikan perkongsian saluran urat untk kuatkan rahim orang yang mengandung.

Mula kan dari jari kaki kelima (jari kelinking) bahagian luar. urut ke atas sampai ke peha (juga di bahagian luar).

Urutan ini setahu saya hanya bila orang itu sudah agak lama mengandung, supaya tidak mudah gugur dan mudah bersalin.


sekian.


wassalam

Monday, June 13, 2011

mata urat untuk diagnosis sistem pembiakan

Assalamualaikum WRBKT,

bertemu lagi. titik mata urat untuk perkongsian ilmu hari ini ialah untuk menguji tenaga batin bhagian organ pembiakan. salah satu mata uratnya ialah di bahagian lutut, hujung bahagian dalam.

tekan sekadar perlu dikedua bahagian, kiri dan kanan.

biasanya satu bahagian akan terasa perit atau sengal.

bagi yang tiada rasa apa-apa, alhamdulillah problemnya mungkin hanya pada psikologi atau ....... semata-mata.

next posting, insyaallah, mata urat untuk masalah mudah keguguran (ikhtiar sahaja)


sekian.

Friday, April 15, 2011

mata urat untuk rawatan sakit lutut. kohot tak daya nak bangun.

Assalamualaikum,

Post kali ini saya nak kongsi satu lagi titik saraf urat untuk rawatan sakit lutut (juga dah pernah post dalam blog urut tradisi dan rawatan islam)

kisahnya terjadi kepada diri saya sendiri. Mungkin kerana asbab banyak sangat toksid dalam badan semasa solat terawih, lutut krem.

Dengan izin Allah swt, setelah saya tekan dalam-dalam pointnya, terus lega dan bolehlah meneruskan solat sunat tersebut.

Mata uratnya, sebenarnya sangat mudah, terletak dibelakang lutut, ditengah-tengah pelipat belakang. nmaun kadang-kadang mata urat tersebut lari sikit-sikit bergantung kepada saluran mata urat yang sakit.

selamat mencuba.


wassalam.

Wednesday, March 16, 2011

Rawatan picit atau pressure point untuk orang pengsan.


Assalamualaikum WRBKT,

Penulis bertemu lagi dengan kes pengsan akibat bersukan. Kali ini titik urat (point) yang penulis ambil ialah di mulut. penulis menekan dengan kuat menggunakan kuku dalam sambil membaca kalimah-kalimah suci dari alqurannul karim. Alhamdulllah, pesakit sedar, meskipun agak lemah. Maklumlah pesakit tak bersarapan pagi tapi bersukan kuat-kuat.

Ok, titik point yang ingin penulis kongsikan untuk pengsan salah satunya ialah di mulut, titik lain di kaki (penulis pernah berkongsi rawatan pengsan dengan memicit titik di kaki dengan pembaca dahulu di dalam blog lama penulis 'Urut Tradisi dan Rawatan Islam'.

Tekanan haruslah kuat mengarah ke atas (hidung) 45 darjah. lepaskan tekanan serta-merta sebaik pesakit sedar dari pengsan. Kalau tak mahu lepaskan, mungkin terkena pelempang dari pesakit.

Wassalam.

Saturday, February 26, 2011

istiqamahlah.peringatan untuk yang terlalai

Assalamualaikum WRBKT,

Bagaimana halnya jika anda tiada kesempatan, peluang, untuk melakukan rawatan alernatif lantaran sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ( kekurangan duit, tiada sesiapa yang sudi menghantar anda dsb)?

Nasihat saya, lakukan ikhtiar anda setakat termampu, bak kata pepatah sampai titisan darah terakhir. Cuma masalahnya adakah kita akan istiqamah melakukannya.

sebagai contoh, si A telah melakukan ikhtiar membuat bacaan ayatul kursi 7x setiap kali selepas solat. Namun sehingga hari ke 7, si A mula berasa penat, atau terasa ada banyak kerja yang perlu diberesi secepat mungkin. Adakah si A akan berjaya? sudah tentu agak sukar.

wassalam