Wednesday, September 15, 2010

inikah balasan atau pengajaran?

Assaamualaikum rbkt,

Selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir batin, dari insan biasa yang terlalu mudah melakukan dosa.

Ini kisah lama tetapi plot lain. Pesakit dari cerita lama."akhirnya Bomoh menang 4-0 mengalahkan ustaz" Beberapa hari yg lepas, saya baru ketahui beberapa perkara secara tidak sengaja tentang seorang pesakit gangguan halus dikampung saya. Meskipun dirawat dengan kaedah rawatan islam,oleh seorang ustaz (bukan saya),namun pesakit anak si M kurang berhasil sembuh. Malah, rumah barunya juga masih tidak dapat diduduki. setelah berubat dengan bomoh pula, menjadi kurang sedikit, tapi makin teruk penyakitnya sampai bergantung sepenuhnya dengan bomoh tersebut. Dengar ceritanya teruk pula dimanipulasi oleh sibomoh tadi.

Perihalnya, Si M tadi memang agak mengenakan upah yang melampau mahal kepada penduduk kg untuk setiap kerjanya sebagai tukang rumah. Beliau juga tidak membayar gaji upah untuk pekerjanya orang indonesia. Cerita lain dulu-dulu sebelum itu, disaksikan sendiri oleh penduduk kg dan saudara mara terdekatnya juga, isteri M semasa ayahnya sakit, lantaran sentiasa termuntah selepas makan,lansung tidak membenarkan ayahnya masuk kerumah (tapak lama umtuk rumah baru dibuat) semasa makan, hanya boleh makan ditangga sahaja. isterinya juga enggan membasuh baju ayahnya. Perbuatan ini dilakukan sehinggalah ayahnya meninggal. Mungkin itulah sebabnya si M dan keluarganya tidak boleh masuk ke rumah barunya. Masuk sakit, masuk saja sakit.

Kisah tadi entah ya entah tidak, penulis mendengar cerita ini dari saudara terdekatnya sendiri yang alim orangnya. Juga dari orang-orang lama kg tersebut. Wallahu a'lam.

namun yang penting, berbuat baik kepada ibu bapa. Derhaka, balasannya didunia lagi.

No comments:

Post a Comment