Tuesday, October 12, 2010

Bolehkah berkongsi merawat dgn tok bomoh? Tengoklah dulu, Boleh tu boleh, cuma... ambik masa kena kaji dulu.

2010/10/12
'Gadis ghaib henti guna bomoh'

PENGAMAL perubatan dilantik YIT dan orang ramai membaca surah Yasin sebagai sebahagian daripada rawatan gadis ghaib dari rumahnya.

JERTIH: Pengamal perubatan Islam yang dilantik Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, meminta keluarga itu tidak menggunakan khidmat bomoh lain untuk sementara waktu bagi memastikan proses rawatan dilaksanakan dengan berkesan.

Permintaan itu diutarakan tiga pengamal perubatan berkenaan semalam selepas mereka menangkap 12 lagi jin di rumah gadis itu di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, termasuk makhluk dipercayai ditinggalkan bomoh lain yang merawat gangguan misteri terbabit.
Pengamal perubatan berkenaan yang juga anggota skuad khas ditubuhkan YIT untuk menangani penyakit misteri dan histeria, meminta langkah sedemikian selepas mendapati ikhtiar mereka sejak beberapa hari lalu menunjukkan hasil apabila gadis itu tidak lagi ghaib pada waktu senja.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gadisghaibhentigunabomoh_/Article/index_html


komen:
the right time and at the right spot. Masalahnya bukan tak nak siasat bomoh tu betul ke kaedahnya. Cuma itu akan ambil masa yang lama dan teliti. Tambahan tengah dharurat. Ambil sahaja yang jelas clear bersih, tak susah-susah.
Kalau bomoh tu benar oklah. Kalau bathil? Tak ke naya. Tiada keberkatan. yang Hak tidak boleh bercampur dengan yang bathil. Jawabnya,Masa emergency macam Balkis tu, tinggalkan keraguan dahulu, ambik yang tanpa was-was. Lepas tu, kajilah lama-lama, boleh ke tak diterima amalan sipolan-polan berkenaan.

Albaqarah: 42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.


Assajdah:18. (jika demikian halnya) maka Adakah orang Yang beriman sama seperti orang Yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).


lagi satu, surat khabar zaman la ni memang ironik sungguh, dalam satu paper tu boleh ada campur aduk gambar artis atau ahli sukan semi-bogel, muka surat tengah isu jenayah seperti rogol, curi, buang anak dll meningkat atau menurun dan cara atasi, manakala pada muka surat lain ada pula dakwah suruh insaf.

mana satu nak ikut ntahlah, sekejap berahi, sekejap marah sekejap insaf. kemudian naik balik nafsu. Terpulang pada akal dan iman seseorang. kalau anda ada anak remaja membaca benda-benda lucah, boleh ke anda percaya dia tidak akan terpengaruh? Jika anda kata percaya, itulah yang dikatakan juga oleh ibu bapa kepada remaja yang termengandung atau buang bayi.

Akhir kata, Jangan kamu hampiri zina. percayalah apa yang Allah larang itulah yang terbaik untuk kita. Jangan percaya akal kita semata-mata. Ditakuti terjerumus kedalam mensyirikkan Allah SWT. takut hati kita percaya undang-undang manusia lebih baik dari undang-undang Allah.

Al israak: 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

p.s* Blog ini bukan sekadar ruangan expose mistik semata-mata.

No comments:

Post a Comment