Sunday, October 17, 2010

Mengesan dengan keberkatan Sholawat Azhimiah, misteri tompok dalam x-ray.

Assalamualaikum,

Pelik, pesakit tiada rasa sakit yang serius,cuma rasa payah nak bernafas kadang-kadang. doktor pun tak tahu sakit apa. namun dalam gambar x-ray ada tompokkan hitam. Penulis melakukan scan secara tanda fizikal, takde yang luarbiasa. Scan ruqyah, punyalah liat nak respon. Penulis berdoa supaya pesakit tidak kerasukan sebab hari dah lewat malam.

Keputusan Scan ruqyah tak stabil. Pesakit ada sedikit respon di kaki dan jari. namun pesakit tidak menyedari. nampak gayanya perawat syok sendirilah. Ini lah sebabnya perlukan saksi.

Penulis melakukan ikhtiar terakhir, hari dah lewat malam sangat. Penulis membaca selawat "azhimiah" 3 x. kali pertama bacaan sampai pada ucapan ..An tusholiyya 'ala Maulana Muhammad,.." tiba-tiba jarinya bergerak. Alhamdulillah. Keberkatan selawat kepada nabi bergelar kedudukan tertinggi. bacaan kedua penulis mohon dijadikan api yang mengejar jin tersebut dan racun berbisa, responnya semakin ketara sehinggalah pesakit perasan sendiri.

Perawat menyudahi rawatan dengan air ruqyah, madu ruqyah dan juga minyak zaitun ruqyah. Pesakit diminta berjumpa perawat untuk rawatan selanjutnya bebrapa hari lagi.

wassalam.

1 comment:

  1. terima kasih banyak sudah berbagi,.
    moga sukses selalu.
    jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
    click this

    ReplyDelete