Monday, October 11, 2010

Cerita seram..Dia kembali


Assalamualaikum wrbkt,

Dia datang lagi.Tiba-tiba rasa seram sahaja bila buka blog ni. Terasa meremang teramat sangat. kaku jari-jemari rasanya. Berdebar-debar dada. Setiap kali nak menulis, penulis rasa terbeban, takut-takut termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadith sebelah blog. Asyik terpandang-pandang kat hadith sebelah ni. Mana tahu hanya sekadar pandai-pandai berkata sahaja, tanpa ilmu dan bukti yang shahih dan nyata. Moga-moga Allah swt menunjukkan penulis dijalan yang benar.

Minggu lepas, sekolah terkena kes rasukan atau histeria. Mula-mula 1 orang sahaja, pastu 2 orang, PAStu 6 orang! kes belaku waktu malam. penulis dapat panggilan telefon pukul 11.30 pm. Penulis tak terkenal pun, cuma pemanggil tu kebetulan warden asrama yang juga member baik. jadi dia tahu jugalah pekerjaan spare time penulis.

Penulis (lepas ini den) tanya dulu kawan tu untuk pastikan dahulu jika ada tak perawat islam lain yang ada boleh tolong. Utamakan yang terdekat dululah, dan terpenting lebih alim dari penulis. oleh kerana No way Out katanya, penulis pergilah berikhtiar setakat tahu. banyak yang dah lupa sebab dah berkarat tak buat praktikal.

alhamdulillah, mereka dah buat dulu ikhtiar bacaan Yaasiin ramai-ramai. yang penting kembali rujuk kepada Allah SWT. asal trigger point kes ni ialah mereka buat jamuan hari raya, siap dengan karaoke lagu raya, campur-campur laki perempuan.

bila den sampai, keadaan dah agak tenang. den tepon orang lama mualij Syahidi akrineslimriver, tanyakan experience dan bimbingan dan petua2nya. Beres je bunyinya. oklah syukran laka syeikh.

Mula-mula den pakai petua ambik org paling last kena. Tak de byk response sgt. tapi den ikhtiar lagi, ambik sorang-sorang. Last den buat dapatan survey. general conclusion dululah, terlalu kuat kaitan dengan 'gangguan lama' masing-masing. tapi adalah juga yang dapat bias. Wallahua'lam. benda tak nampak, gone@macamna nak cakap confirm? den takde belajar atau kebolehan kasyaf. Nak yang kasyaf?, cari lainlah. biarlah den takde customer dah lepas ni. ingat nak tukar karier menoreh lah pulak.

ada yang asalnya kes nampak lembaga spt pontianak, saka rmau dsbnyalah. cuma yang tak sedapnya, pesakit2 esoknya semua balik kampung. den risau takde follow up. mandian atau minum air jampi ke dsb. sebenarnya den lebih risau jika den lupa nak dakwah kan perlunya pergantungan kepada Allah semata-mata.

den tawakal pada Allah dan berdoa agar kes ini selesai dan muncul pula perawat lain yang lebih alim,boleh den pula pergi berubat dengan beliau.Maklumlah den pun manusia juga, doktor hospital pun sakit.yang tak mungkin sakit, Allah.Ni lagi satu, orang ingat kalau doktor atau perawat, tak mungkin sakit. Siapa yang layak turunkan penyakit dan siapa yang layak menyembuhkan? Perawat ke? sakit tu ujian dari Allah SWT. perawat hanyalah tukang doa.

Ingat kursus KIRI 30-31 Okt ni nak bincang juga kes ni dengan SIFU den. kalau Sifu tak busy.

wassalam.

No comments:

Post a Comment