Saturday, July 17, 2010

Diagnosis : Mata gatal sentiasa, tapi penglihatan ok je, ape masalahnnya

Assalamualaikum,

YOUR EYES CAN TELL. "Dari matamu ku tahu hatimu".

Teknik Diagnosis pada deria, hari ni terasa nak cerita bab tak glamor ni dululah. Namun diagnosis ni sangat penting kerana itulah tanda keajaiban Allah dengan makhluk ciptaan-Nya.

40. Al Mu'min: 13. Dia-lah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Nya dan menurunkan untukmu rezki dari langit. Dan tiadalah mendapat pelajaran kecuali orang-orang yang kembali (kepada Allah).



Deria kita adalah juga petanda kepada dengan masalah pada organ-organ kita. Diagnosis ini sebagai alternatife perubatan sahaja. Maklumlah dah malas sangat nak ke hospital untuk check up. Contohnya mudah kalau kadang-kadang asyik gatal mata, tapi penglihatan kira ok, Cuma kadang-kadang tu kepala pening, bendalah penyakit ni. So disini kita boleh suspect ada masalah sedikit pada hati kot.

Jantung, deria yang berkaitannya ialah pada lidah. (pucat) Tidak hairanlah, kalau patient yang kena stroke, lidahnya pelat sedikit, malah ada yang tak boleh bercakap lansung. Kalau bercakap asyik telo sahaja pun boleh jadi tekanan darahnya bermasalah. Sebab tu banyak baca alquran, baca zikir, jantung jadi makin bagus.

Paru-paru pintunya pada hidung, Bayangkan kalau oksigen nak masuk asyik pakai mulut. asyik buka jelah mulutnya, macam ikan.Larilah orang menengoknya. Contoh terdekat ialah bila selsema, resdung, pernafasan tersekat, maknanya paru-paru bermasalah.Jadi, kalau berhingus atau bersin je, jangan lupa urut mata urat untuk dada juga.

limpa pada mulut( bibir), bibir pucat mungkin sebab terlebih make up, kena pandai-pandai le diagnos tu. kalau disertai dengan mudah demam tu boleh jadila.

hati- diagnosis derianya pada mata. Sebab tu orang melayu kata dari mata turun ke hati.

dan ginjal pada telinga. So kalu telinga gatal-gatal atau berdesir-desir, atau berdesing macam bocor je mungkin ginjal bermasalah. dan ada juga kes orang yang bermasalah buah pinggang, selepas makan ubat 'drug' hospital,telinganya jadi pekak. pelik tetapi benar dan boleh difahami jika mengetahui jalan ilmu tertentu.

bab ni saya dah cerita dahulu dalam laman blog lama akrineputri bera yang menggunakan alamat lama http://rawatanislam.net. Cuma saya tak huraikan secara panjang lebar. Artikel yang ni pun kira ringkas lagi. Harap-harap sesiapa yang cut and paste artikel ni catatlah juga pengarangnya.

Wassalaam.

No comments:

Post a Comment