Assalamualaikum WRBKT, Bukan nak tunjuk hebat, sekadar perkongsian ilmu setakat yang tahu. Macam pokok kelapa, rasa dah tinggi, sebenarnya ada lagi yang lebih tinggi. Perawat bukan penyembuh. Berusaha merawat sekadar tahu. Mencari rezeki yang halal, bukan meminta sedekah. Berubat adalah satu daripada tawakkal kepada-Nya. Mengubat juga dengan bertawakkal kepada-Nya. saya memakai nama pena sahaja sebagai 'Abduka. No tel: 01132204847
Wednesday, July 21, 2010
pendinding amalan sendiri sebelum baiki tulang, refleksologi dan urut
Assalamualaikum WRBKT,
Sebagai perkongsian bagi sesiapa yang belum tahu atau ingin tahu. Moga ada manfaatnya. Dan terhindar dari ketakburan.
Persediaan sebelum merawat
Berikut adalah ikhtiar ruqyah yang biasa saya gunakan sebelum proses merawat samada mengurut, baiki tulang atau refleksologi.
Memohon padaNya, paling asas saya baca tawaudz, basmalah dan basmalah penggerak.
Namun jika ada masa sedikit, saya akan baca alfatihah, ayatul kursi dan 3 kali 3 qul setiap satu. Disudahi dengan selawat.
Jika ada masa lagi sebelum itu saya akan baca zikir pendiding ini. (pagi dan petang sudah tentu asasnya)
Kemudian saya akan tiupkan pada tapak tangan yang ditemukan dan sapu pada badan.
kadang-kadang sebagai tambahan saya amalkan juga ikhtiar doa dari TIAF, AKRINE, Ustaz ZD Temerloh dan Encik Ahmad , semuanya guru dan sahabat saya.
Berdasarkan pengalaman, pernah terjadi, semasa saya membaca 3 qul sambil menadah tangan berdoa, pesakit sudah memperlihatkan tanda-tanda ada gangguan. Ada pesakit yang jari-jarinya bergerak-gerak sendiri, ada yang kakinya tergerak semasa hendak disentuh, malah ada yang terus kerasukan. Semua ini adalah tanda keagungan Allah swt dan kebenaran hadith nabi saw.
Wassalam.
Teknik Ruqyah syar’iah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment