Monday, July 19, 2010

kaedah baiki tulang belakang cvmt-selamat dan tiada kesakitan lansung

Assalamualaikum,


Kaedah Baiki/penjajaran semula Tulang belakang

SAKIT DAH HILANG, SAJA NAK TENGOK IKHTIAR PERAWAT MACAMANA

Ada satu kes, pesakit mengadu sakit bahagian belakang lumbar, namun setelah discan dengan ruqyah, masalah sebenar ialah gangguan jin. Perawat membuat rawatan ruqyah pendek, kemudian melakukan scan sentuhan fizikal, tetapi pesakit tidak memperlihatkan pula reaksi masalah fizikal. Tidak lama 2,3 hari kemudian, pesakit memberitahu pada hari itu sebenarnya dia tiba-tiba rasa lega, cuma dia tidak pasti atau ragu, mana tahu kalau-kalau kelegaaan itu hanya kesan sementara, oleh itu dia tidak mahu memberitahu lagi kepada penulis, sedangkan penulis sudah letih juga membuat scan fizikal . Sebelum ini pesakit telah banyak kali berurut dengan ramai tukang urut, namun tiada perubahan, ataupun hanya sementara.

PERKHIDMATAN CVMT TULANG BELAKANG SEBAGAI SATU IKHTIAR SAHAJA

Memang saya tak pandai baiki tulang jarak jauh samada pakai buluh ke atau pakai tenaga dalam. Persoalannya boleh ke kaedah PJJ tadi dipakai atau ikut hukum syarak? saya tak mahu panjangkan di blog ini. Kepada pesakit bermasalah tulang belakang yang ingin berubat dan mendapatkan khidmat nasihat jarak jauh pakai telefon atau sms sukar mempastikan sakit anda kecuali check ditempat saya disini dulu. Kerana memerlukan kemahiran sentuhan, untuk menentukan sakit tang mana. Berbeza dengan chiropractic, CVMT lebih kpd pesakit terlentang muka menghadap ke atas. Pesakit juga kadang-kadang tidak merasai apa-apa, hanya goncangan sedikit-sedikit. Dalam kaedah CVMT, manipulasi dilakukan pada tgn dan kaki. Juga pesakit sendiri akan membuat adjustment dengan bantuan perawat.

Sebaiknya pesakit membawa teman, jika perempuan, muhrim kerana sesi rawatan melibatkan sentuhan ke tulang belakang.

Rawatan agak lama kira-kira 45 minit-1 jam.Maklumlah tulang belakang manusia bukan tulang ikan, silap-silap,jika terburu-buru boleh lumpuh. namun insyaallah, rawatan adalah selamat dan tidak ada lansung unsur kesakitan.

Sebaiknya pesakit mempastikan sendiri vertebrae mana yang bermasalah. Pesakit mestilah berjumpa doktor dahulu. Mendapatkan kata putus doktor dan mengetahui bahagian mana yang bermasalah samaada di cervical,(leher) di antara c1 sehingga c7 atau Toraks (tulang belakang yang bersambung dengan rusuk ), atau lumbar (tulang belakang bahagian pinggang) atau sacral (tulang belakang bahagian punggung).

akhir kata, kaedah ini hanyalah satu ikhtiar sahaja, sekiranya anda datang berjumpa saya, saya kena scan dahulu rawatan yang sesuai kerana belum tentu masalah sebenarnya ialah tulang belakang. Berusaha, berikhtar,bertawakakal, Allah penyembuhnya.

wassalam.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment