Tuesday, July 20, 2010

Pengsan,sawan,histeria : Guna satu titik urat di kaki: Ruqyah syariah, refleksologi, akupuntur dan urut tradisi: Titik pertemuan mata urat


Assalamualaikum,

Ruqyah syariah, refleksologi, akupuntur dan urut tradisi: Titik pertemuan mata urat.

Akrineputri bera kali ini ingin membincangkan disiplin perubatan alternative yang dimana semua pihak bersetuju inilah perkara yang kami pakai dan sama konsep. Dalam refleksologi dan akupuntur dan ruqyah syariah ada satu titik pertemuan. Dalam akupuntur dinamakan K1, manakala dalam refleksologi ialah titik mata urat untuk buah pinggang. Jangan lupa ginjal mempengaruhi tekanan jantung melalui hormone adrenalin, juga darah, melalui kandungan air dalam darah.

Fungsi titik ini dengan izin Alllah boleh digunakan untuk menyedarkan orang yang pengsan, untuk kerasukan, hysteria, sawan, stroke, juga untuk kebas di kaki dan lain-lain yang belum saya ketahui atau terlupa nak tulis dalam blog akrineputri bera ini.

Teknik gabungan yang boleh digunakan adalah dengan cara menekan kuat-kuat titik mata urat K1 sambil membaca ruqyah, boleh juga untuk kecemasan, ruqyah pendek seperti awal ayat Surah maryam“ Kaaf ha ya ‘ain shaad” atau selawat atau pilihan ilham sendiri.

Walau bagaimanapun berdasarkan pengalaman saya, jika dibacakan ruqyah, tekanan hanya sekadar sederhana ataupun sedikit sahaja diperlukan berbanding dengan teknik acupressure sahaja.


Sebagai peringatan sekiranya pesakit telah sedar, tekanan perlu dikendurkan secepat mungkin kerana biasanya pesakit yang tersedar akan berasa kesakitan teramat sangat.
Sebarang kemusykilan boleh hubungi saya atau jika ada ilmu yang ingin dikongsi boleh e-mail ataupun dikongsi dalam ruangan komen.

Wassalam.

Ruqyah syariah, refleksologi, akupuntur dan urut tradisi: Titik pertemuan mata urat.

No comments:

Post a Comment