Monday, July 26, 2010

Pengalaman Ruqyah syaitan itu tidak akan mampu menghabiskan zikir ini

Pengalaman Ruqyah “ ghout …rupanya…”

Assalamualaikum Wrbkt,

Akrineputri bera menerima panggilan dari seorang sahabat S , katanya kawannya, di Bandar T, sakit teruk tak boleh berjalan. Minta penulis tengok-tengokkan, mungkin urut ke, bekam ke, S tak tahu lagi penulis ada buat ruqyah syarriyah.


Sampai dirumah pesakit, S menunggu, penulis menengokkan kan lah secara scan fizikal. “M.A. (Medical assistant) kata ‘Ghout” kata S dan juga kata pesakit. (MA tu suspek aje, semua orang terus percaya sebagai fakta). Entahlah, rasanya macam bukan tanda-tanda ghout pun. Ingat dalam hati nak buat bekam terus jelah, mana tahu kot memang ghout, penulis mungkin kurang pengalaman untuk ghout jenis ni.


Penulis melakukan scan secara kaedah ruqyah dahulu sebelum nak bekam tu. Tiba-tiba, sesuatu berbentuk bonjolan timbul dipehanya, bergerak-gerak. Serentak dengan itu pesakit terus mengaduh kesakitan, terasa sakit yang amat sangat di pehanya dan tempat bengkak sendi. Ikhtiar dilakukan dengan rawatan ruqyah, Allah penentu kesembuhan.


KELEBIHAN ZIKIR PENDINDING

Sejam kemudian rawatan ruqyah hampir tamat, jin penghuni telah bersetuju untuk keluar, sumpah telah dilafazkan, pesakit tiba-tiba rasa lega, dah boleh jalan sedikit-sedikit pula tu. Penulis mahu mempastikan ujian terakhir tiada penipuan, pesakit diminta membaca syahadah, ok, Cuma bunyi ‘ha’ tebal lain macam je bunyinya. Pesakit diminta membaca ayatul kursi, “saya tak pandai” katanya. Last sekali, penulis minta dia berzikir kalimah yang dikenali sebagai zikir pendinding, “lailahaillallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli shai in qadiir”.

Ternyata itu hanya tipudaya syaitan. Memang syaitan itu tidak akan mampu menghabiskan zikir ini, bersama pesakit. Semasa berzikir bersama-sama, abang pesakit tiba-tiba kerasukan, Penulis tidak mahu membuang masa, membuat ruqyah pendek, basmalah diikuti masyaallah, meniup pada genggaman tangan, terus menepuk belakang belikat abang pesakit. Alhamdulillah, abang pesakit tersedar. Pesakit pula tidak mampu menghabiskan zikir ini. Tergagap-gagap dan terus kerasukan semula, dan proses rawatan bermula lagi, perawat tutup sessi rawatan dengan teknik ‘tidurkan jin’. Dengan Izin Allah, pesakit ikut tertidur sebentar. Cuma kali ini tertidur dengan bantal dah siap menunggu. Moga Allah beri penulis ilham, sementara pesakit dah kurang sakitnya. Penulis bagi dia zikir tahsin.Juga penulis ingatkan dia supaya menghafal ayatul kursi dan belajar tajwid yang betul. Tidak lupa mengamalkan zikir pendinding.

Kali ke dua rawatan,sebulan setengah kemudianpenulis mendapat pesanan S dan panggilan untuk rawatan. sebenarnya penulis ingat dia dah tak mahu berubat dengan penulis lagi, maklumlah dah lama sangat. Dari info yang penulis dapat, pesakit sudah boleh bekerja tetapi sakit balik.
kita pun jika jadi pesakit biasanya mahu on the spot hilang, entah macamana takdir Allah pesakit tergerak nak panggil penulis lagi. Untuk sesi ini, Dengan izin-Nya, terbuka sebab sebenar gangguan. Pesakit mengamalkan surah alikhlas berapa ribu kali dengan tujuan untuk kemegahan duniawi. Beliau mempunyai kemampuan merawat, mempunyai kelebihan kependekaran dan sebagainyalah. Yang menariknya beliau akan sentiasa mendapati ada terselit duit RM25.00 setiap kali memanjat tiang telefon. Padanlah semasa bacaan surah alikhlas, pesakit yang kerasukan terus sahaja mengikuti.
Penulis mendapat ilham, meminta jirannya yang memang dah ada kat situ bersama-sama membuat majlis ringkas bacaan yaasiin. Semasa doa penutup yaasiin, terdengar suara pesakit mengaduh-ngaduh.
Akhirnya tiba-tiba pesakit berkata, sebenarnya jin tu yang berkata, dia dah tahan lagi. Dia mahu keluar. Setelah melafazkan sumpah, jin memberi salam (lupa nak cakap, jin itu islam) dan keluar.

Penulis menguji scan sekali lagi dan nampak gaya dah tiada. Allah sudah mengeluarkannya. Pesakit setiap kali berjumpa penulis, memang kalah VIP layanannya. Bagi penulis Ini juga satu ujian, bila rawatan berjaya, adakah kita akan berasa takbur, terasa hebat.

Sebenarnya ada juga rawatan penulis yang tidak dizinkan-Nya lagi. Cuma kita mestilah berbaik sangka dengan Allah SW. setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment