Saturday, July 17, 2010

Sakit belakang, kenapa sekejap je hilangnya, datang balik.


Assalamualaikum WRBKT,

Kaedah baiki tulang kaedah CVMT. (Maaf, kaedah ini lain dari kaedah kiropraktik) Prinsip asas. Tulang belakang atau vertebrae adalah berpasangan, Seperti juga semua benda atau makhluk di dunia ini. Cuma kita mungkin tak jumpa penemuan saintifik lagi.

51. Adz Dzaariyaat: 49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.

36.Yaasiin:36. "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."

35. Faathir:11." Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan . Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. "

Macamana boleh jadi sepasang pula? kesan graviti. Bila berlaku impact samaada perlanggaran, kesan accident, pergaduhan( kena tumbuk dan sebagainya) terlalu lama dalam sesuatu posisi, maka satu struktur tulang akan lari. Contohnya bahagian leher atas kena tetakan karate atau terhantuk, pom! maka bahagian tulang belakang di bahagian bawah akan juga lari sedikit untuk mengekalkan keseimbangan graviti badan. Supaya kita berjalan tak herot, macam ketam.

Perumpamaanya ialah seperti seorang ahli sarkis cuba menyeimbangkan kerusi yang diangkat dengan hidung. Kepla bergerak kearah belakang, manakala kaki bergerak kehadapan.

Jika kita kurang faham konsep sepasang ini, kita mungkin cuma membaiki bahagian yang sakit itu sahaja, lantas meninggalkan pasangannya yang satu lagi, yang 'kurang terasa' sakitnya tetapi ada rasa sedikit-sedikit.

Kesannya tulang tadi akan lari semula sedikit demi sedikit ke posisi bengkok yang asal untuk mengekalkan keseimbangan graviti badan. lantas kesakitan akan kembali semula.

wassalam.

No comments:

Post a Comment