Assalamualaikum WRBKT, Bukan nak tunjuk hebat, sekadar perkongsian ilmu setakat yang tahu. Macam pokok kelapa, rasa dah tinggi, sebenarnya ada lagi yang lebih tinggi. Perawat bukan penyembuh. Berusaha merawat sekadar tahu. Mencari rezeki yang halal, bukan meminta sedekah. Berubat adalah satu daripada tawakkal kepada-Nya. Mengubat juga dengan bertawakkal kepada-Nya. saya memakai nama pena sahaja sebagai 'Abduka. No tel: 01132204847
Friday, July 23, 2010
Jurus Mata Batin tahap kedua untuk teknik refleksologi
Assalamualaikum,
Refleksologi dan diagnosis tapak kaki
Akrineputri bera ingin berkongsi setakat yang tahu ilmu refleksologi jurus mata batin peringkat kedua rawatan awal...(maaf, bergurau sedikit aje). tanda atau diagnosis. Diagnosis awal sangat diperlukan supaya tidak tersilap langkah dalam merawat. kaki mungkin bermasalah,bukan organ, silap gaya kaki yang sakit.
Sebelum mengurut refleksologi , Pihak Akrinebera mementingkan pemerhatian yang teliti dan cekap dan sepintas lalu diperlukan. Ini memandangkan pesakit bertindak sebagai pelanggan yang biasanya dah tak sabar untuk diurut, lenguh dan mahu rileks dan hilangkan secepat mungkin. bukan diperhati lama kakinya. Malu pula pesakit itu.
Sekiranya ada kesemua jari di kaki Metatarsal terengging atau naik ke atas, (sila lihat gambar diatas perbezaan kaki normal dan yang terengging, namun gambar diatas merenging melampaui normal,bukan simptom sebenar, hanya hampir menyamai) kemungkinan besar lenguh bahu dan leher yang melampau juga boleh pergi ke kepala sakitnya. Perawat sebaiknya bertanya pesakit juga setelah mengenal pasti simptom.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment